Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Program Bicara Ilmu – Mobile Apps Impak Kepada Koperasi

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah mengadakan Program Bicara Ilmu pada 1 Disember 2016 yang bermula pada pukul 8 Pagi hingga 1 Petang.  Anggaran peserta yang hadir adalah seramai 150 orang.  Program ini adalah bertujuan untuk para koperator mendapatkan pendedahan mengenai mobile apps dalam meningkatkan tadbir urus dan aktiviti perniagaan koperasi serta dijadikan wadah komunikasi berkesan untuk koperasi.

 

Tenaga pengajar MU DOT MY PLT, Encik Sam Suresh telah menjadi salah seorang penceramah di Program Bicara Ilmu. Beliau menyampaikan ucapan bertajuk “Bagaimana Mobile Apps memberi impak kepada koperasi?”.  Ucapan bertenaga daripada beliau telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta-peserta yang hadir. Antara topik-topik lain yang telah disampaikan adalah “1 Koperasi, 1 Mobile Apps” oleh koperasi Bekas Pelajar Sekolah Izzudin Shah Ipoh, Berhad dan yang terakhir sekali adalah Perkongsian Pengalaman: Sistem Pemasaran Efektif yang disampaikan oleh Anggota Koperasi OKB Berhad.

Objektif Program Bicara Ilmu adalah menerangkan kepada peserta mengenai aplikasi Mobile Apps. Seterusnya, memberi kefahaman dan pengetahuan bagaimana Mobile Apps dapat membantu ke arah pengurusan koperasi yang cekap dan ­eksibel. Peserta-peserta yang hadir adalah Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), pengurus dan kakitangan koperasi, pegawai-pegawai agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan koperasi, anggota koperasi dan individu yang berminat.

Program Bicara Ilmu ini memberi impak yang baik kepada peserta-peserta yang hadir.  Diharapkan agar program seperti ini dapat diadakan lagi agar ilmu seperti ini dapat disampaikan kepada lebih ramai lagi.

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter