Persijilan Industri (INDCERT) Pembiayaan Kursus HRDF

Apa itu INDCERT?
INDCERT adalah program pembiayaan kursus oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia. Jika syarikat anda berdaftar HRDF dan layak, anda akan mendapat 50% potongan atau 100% untuk kursus yang diluluskan yang tersenarai di halaman ini.

Platform Persijilan Industri
Memberi peluang kepada pekerja berdaftar HRDF untuk mengambil bahagian dalam pensijilan profesional.

Platform Kemahiran Mempercepatkan
Platform bagi majikan berdaftar HRDF untuk mempercepatkan kemahiran mereka.

Tenaga Kerja Malaysia Berkemahiran Tinggi
Membolehkan mereka menerokai peluang perniagaan didalam rantaian industri bernilai tinggi
Siapakah yang layak untuk memohon?
Majikan yang berdaftar HRDF
50% yuran kursus akan dibiayai oleh HRDF
- Tertakluk kepada RM5,000 setiap peserta
- Jumlah baki akan ditanggung oleh majikan menggunakan Levy HRDF
- Elaun juga akan ditanggung oleh majikan menggunakan Levy HRDF


Majikan PKS (SMEs)
100% yuran kursus akan dibiayai oleh HRDF
- Tertakluk kepada RM10,000 setiap pesertae
- Jumlah baki akan ditanggung oleh majikan menggunakan Levy HRDF
- Elaun juga akan ditanggung oleh majikan menggunakan Levy HRDF
- Syarikat Pembuatan dengan 10-200 pekerja sepenuh masa.
- Syarikat Perkhidmatan dan sektor lain dengan 10-75 pekerja sepenuh masa.
Kursus Public & Kursus In-House
Kursus Public
Setiap pekerja hanya berhak menghadiri SATU kursus yang diluluskan dibawah skim INDCERT untuk membolehkan lebih ramai pekerja dilatih.
- Tarikh: Rujuk tarikh kursus kami dibawah
- Lokasi: Makmal Komputer, MU DOT MY PLT (Subang Jaya)
- Silibus: Kandungan kursus yang telah ditetapkan
Kursus In-House
Adakan kursus ini dipejabat anda bila-bila masa dimana sahaja.
- Tarikh kursus boleh ditetapkan oleh syarikat anda
- Kandungan kursus boleh diubah-suai
- Kursus dijalankan di premis anda.
Diskaun untuk kursus yang diluluskan:

Kursus Laman Web Joomla!
Joomla! adalah sistem pengurusan kandungan (CMS), yang membolehkan anda membina laman web dan portal web. Kursus Joomla! kami akan membantu anda bermula dari awal untuk membina portal atau intranet kompleks.
Harga/Kursus | Public/Pax | In House/Unlimited Pax |
---|---|---|
Harga Biasa (3 Hari) | RM 1537.00 | RM 9540.00 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar HRDF | RM 768.50 | RM 4770.00 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar PKS | RM 0.00 | RM 0.00 |
- Siapa yang patut hadir?
- Webmaster Kerajaan / Pegawai IT
- Webmaster Perniagaan / Korporat
- Freelancers
- Pereka Bentuk Web & Agensi Reka Bentuk Sistem
- Bagi mereka yang menanti untuk merancang laman web dinamik mereka sendiri

Kursus Google Analytics & Pensijilan
Anda akan belajar bagaimana untuk mengesan dan analisis digital mengenai pelawat laman web anda, meningkatkan jualan, dan penukaran! Pada akhir kursus Google Analytics ini, para peserta akan diberikan Ujian Pensijilan Google untuk memenuhi syarat sebagai Individu Bertauliah Google.
Harga/Kursus | Public/Pax | In House/Unlimited Pax |
---|---|---|
Harga Biasa (2 Hari) | RM 1219.00 | RM 8480.00 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar HRDF | RM 609.50 | RM 4240.00 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar PKS | RM 0.00 | RM 0.00 |
- Siapa yang patut hadir?
- Pemasaran dan Profesional Jualan
- Ahli Strategi dan Pengurus
- Teknikal dan IT
- Pereka dan Pakar UX
- Bagi mereka yang perlu menggunakan alat Google Analytics untuk memenuhi keperluan perniagaan atau organisasi mereka.

Kursus Google Ads & Pensijilan
Ketahui kaedah terbaik dan mudah untuk mengiklankan dan mempromosikan perniagaan anda di Google dengan menggunakan Iklan Google. Iklan Perniagaan anda akan berada pada senarai hasil carian apabila pelanggan menggunakan mesin pencari di Google. Dan anda hanya perlu membayar apabila mereka klik ke laman web anda.
Harga/Kursus | Public/Pax | In House/Unlimited Pax |
---|---|---|
Harga Biasa (2 Hari) | RM 1378.00 | RM 8480.00 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar HRDF | RM 689.00 | RM 4240.00 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar PKS | RM 0.00 | RM 0.00 |
- Siapa yang patut hadir?
- Profesional Pemasaran
- Pemasar Dalam Talian
- Agensi Profesional
- Pemilik Perniagaan
- Pakar Komunikasi
- Bagi mereka yang menanti untuk meneroka Iklan Google untuk mengembangkan jualan dalam talian

Kursus Amazon Cloud
Anda akan mendapat pemahaman keseluruhan AWS Cloud, bebas daripada peranan teknikal tertentu. Anda akan mempelajari konsep penting cloud dan perkhidmatan keselamatan AWS, seni bina, harga, dan sokongan. Ini adalah kursus yang tepat untuk anda memulakan dengan tahap perusahaan Amazon Web Services Cloud.
Harga/Kursus | Public/Pax | In House/Unlimited Pax |
---|---|---|
Harga Biasa (2 hari) | RM 2226.00 | RM 16955.76 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar HRDF | RM 1113.00 | RM 8477.88 |
Harga INDCERT untuk pekerja berdaftar PKS | RM 0.00 | RM 0.00 |
- Siapa yang patut hadir?
- Pereka Bentuk Web & Agensi Reka Bentuk Sistem
- Pemilik Perniagaan
- Pemasar Dalam Talian / Strategi Digital
- Freelancers
- Pegawai IT
- Webmaster Perniagaan / Korporat
Bagaimana untuk memohon?
Langkah 1

Berdaftar HRDF atau Penyumbang SME?
Tanya HR anda sama ada syarikat anda berdaftar HRDF atau Penyumbang SME. Hubungi HRDF untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai HRDF.
Langkah 2

Permohonan Geran
Majikan dikehendaki memasukkan maklumat kakitangan(peserta) ke dalam sistem dalam talian HRDF sekurang-kurangnya 1 minggu (7 hari bekerja) sebelum kursus bermula. Majikan dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan lebih awal untuk memastikan kelulusan diberikan sebelum kursus bermula. Dokumen yang diperlukan:
- Butiran Yuran Kursus (Sebut Harga)
- Jadual Kursus
Langkah 4

Menghadiri Kursus
Kehadiran anda akan diambil oleh penyedia kursus.
Hubungi Kami
Sila hubungi Wakil Khidmat Pelanggan kami melalui butiran di bawah atau isi borang pertanyaan.
Soalan Lazim
Anda boleh memilih untuk memohon di bawah HRDF atau SME. Kami mencadangkan untuk anda memohon melalui SME. Kerana ia kursus percuma!
Ya boleh. Tetapi dengan kakitangan yang berbeza. Tidak boleh mendaftarkan kakitangan yang sama untuk menghadiri kursus public.
Satu syarikat hanya dibenarkan menjalankan satu kursus In-House. Oleh itu, majikan dinasihatkan untuk memilih kursus yang paling relevan dan perlu untuk pembangunan modal insan syarikat yang terdapat di bawah skim ini.
Setiap kakitangan hanya berhak menghadiri SATU kursus yang diluluskan di bawah skim INDCERT untuk membolehkan lebih ramai kakitangan dilatih.
Tiada bayaran diperlukan. Anda tidak perlu membayar yuran pendahuluan kursus.
Anda dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal untuk memastikan kelulusan diberi sebelum kursus bermula. Lebih awal adalah lebih baik!
Semasa mengemukakan permohonan untuk mendapatkan geran kursus, HRDF akan memeriksa sama ada HRDF Levy anda mencukupi atau tidak. Jika baki Levy dari akaun majikan tidak mencukupi untuk menampung yuran dan elaun kursus imbangan, permohonan akan ditolak.
Majikan tidak perlu membayar bayaran pendahuluan yuran kursus kepada penyedia latihan kerana amaun (50% atau 100%) akan dibayar secara langsung kepada penyedia latihan oleh HRDF setelah kursus selesai.
Tiada tarikh tamat.
Bagi kursus public, setiap syarikat boleh menghantar maksimum 5 orang kakitangan. Jumlah keseluruhan dalam kelas hanya 25 pax. (25 orang peserta daripada 5 buah syarikat) Untuk In-House, kursus boleh dijalankan di premis anda dengan minimum 5 pax dan maksimum 25 pax