Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Sesi Menarik di WordCamp Singapura 2019

WordCamp Singapura telah diadakan pada 16 Ogos 2019 di Microsoft Singapura. Ini merupakan acara yang  dihadiri oleh penceramah antarabangsa bertukar pandangan mengenai WordPress. Peserta yang hadir berkongsi minat yang sama membincangkan mengenai  trend terkini dalam WordPress, yang merupakan sistem pengurusan kandungan Sumber Terbuka yang menguasakan 34% laman web dunia.

WordCamp Singapura 2019

Sesi persembahan kami

Kami berbangga dijemput untuk hadir di WordCamp Singapura sekali lagi. Perkongsian sesi bertajuk ‘Reka halaman dengan Gutenberg’ dipersembahkan oleh Sam. Sam juga pernah membentangkan dalam WordCamp Singapura 2017 yang lepas.

Speaker, WordCamp Singapura 2019

Sesi bertajuk ‘Reka halaman dengan Gutenberg’.

Sam mula berkongsi tentang Gutenberg yang merupakan editor kandungan yang dibina untuk WordPress. Perkongsian ini adalah mengenai beberapa ciri asas dan lanjutan dalam Gutenberg seperti post covers, columns, social embeds, classic editor, reusable blocks (eksport-import), custom CSS and pengalaman menggunakan JavaScript yang memperluaskan fungsi Gutenberg dalam WordPress.

Sam menyampaikan ucapannya

Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan dan tahap penglibatan antara penceramah dan peserta sangat meriah. Kebanyakan hadirin telah membincangkan topik ini dengan lebih mendalam.

WordCamp Kuala Lumpur 2019

WordCamp Kuala Lumpur pada 2 November 2019

Sekiranya anda terlepas WordCamp Singapura, anda dijemput ke WordCamp Kuala Lumpur 2019!  Sam merupakan penganjur utama WordCamp KL bagi tahun ini. MU DOT MY PLT sekali lagi menaja WordCamp Kuala Lumpur 2019 untuk kali ketiga berturut-turut.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter