Bolehkah saya mendapatkan diskaun jika menghantar kurang atau lebih daripada 10 pax (Kursus In-House)?

Bolehkah saya mendapatkan diskaun jika menghantar kurang atau lebih daripada 10 pax (Kursus In-House)?

Untuk Kursus In-House, kami tidak menghadkan peserta. Harga adalah mengikut bilangan hari dengan peserta tanpa had.

Oleh itu, tiada diskaun disediakan. Semua harga kami adalah tetap dan telah termasuk semua kos.

Untuk Kursus Public, anda berhak mendapat diskaun apabila anda mendaftar lebih dari 3 pax dalam satu pendaftaran yang sama. Diskaun maksimum dihadkan sehingga RM 500.

Bolehkah saya membuat bayaran pada hari pertama kursus (Kursus Public)?

Bolehkah saya membuat bayaran pada hari pertama kursus (Kursus Public)?

Kursus kami mempunyai tempat terhad. Pendaftaran adalah berasaskan  first-come-first-serve.

Oleh itu, pembayaran penuh perlu diselesaikan 3 hari sebelum kursus bermula. Kami menawarkan pelbagai kaedah pembayaran. Oleh itu, kami percaya tiada sebab untuk menerima bayaran masuk. Ini adalah untuk memastikan proses penyediaan makanan dan kursus berjalan lancar.

Bolehkah saya membawa peranti/komputer saya sendiri?

Bolehkah saya membawa peranti/komputer saya sendiri?

Alat latihan dan alat pembelajaran akan disediakan untuk peserta Kursus Public. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan untuk membawa peranti/komputer anda sendiri jika anda mahu.

Sila emelkan kepada kami sebelum kursus jika anda perlu membawa peranti anda sendiri kerana anda mungkin perlu memasang perisian pada peranti anda.

Dimanakah Kursus Public dijalankan?

Dimanakah Kursus Public dijalankan?

Kursus Public akan dijalankan di MU DOT MY PLT, B-10-6, Level 10, Tower B, Megan Avenue 2, No 12 Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur.

Kit kursus, alat pembelajaran, makanan dan minuman akan disediakan semasa latihan.

Adakah terdapat diskaun untuk peserta terawal?

Adakah terdapat diskaun untuk peserta terawal?

Harga kursus kami adalah tetap. Oleh itu tiada diskaun disediakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak di blog kami jika terdapat sebarang kod diskaun yang tersedia.

Jika anda menghadiri Kursus Public untuk 3 pax atau ke atas, anda berhak mendapat diskaun sebanyak 10%.

Penjadualan semula kursus.

Penjadualan semula kursus.

MU DOT MY PLT berhak untuk membatalkan atau menjadualkan semula kursus pada bila-bila masa kerana kekurangan peserta atau tenaga pengajar yang tidak dapat hadir disebabkan keadaan yang tidak dijangka.

Kos kursus akan dijadualkan semula.