
Kursus Laravel
Laravel adalah framework PHP yang paling popular di dunia dengan beribu pembangun web di seluruh dunia menggunakannya

- MOD PENGHANTARAN
Latihan Dalam Kelas
- 3 Hari
- Asas
- Pendaftaran Online
Gambaran Kursus
Framework seperti Laravel membantu anda membina aplikasi web yang berskala. Laravel juga membolehkan anda membangunkan aplikasi yang cekap dan mesra pengguna.
Laravel memudahkan tugasan umum yang digunakan dalam majoriti pembangunan web atau sistem seperti authentication, routing, session, and caching. Laravel mudah diakses dan mampu menyediakan alat yang diperlukan untuk aplikasi yang besar. Laravel menjadikan pembangunan sistem pengesahan lengkap dapat dibangunkan dengan mudah.
Dilengkapi dengan log masuk, pendaftaran dan penetapan semula kata laluan. Laravel juga membolehkan pembangun web menentukan apa kebenaran yang diberikan oleh setiap pengguna hanya dengan menggunakan command yang mudah.

Kenapa Laravel?
Pembangunan yang Pantas
Ciri penyelesaian yang hebat dengan pengalaman pengguna yang cemerlang sehingga Pembangunan Sistem dapat diselesaikan dengan mudah dalam jangka masa yang lebih pendek.
Sistem Pengesahan Keselamatan
Mengimplementasikan Autentikasi dengan mudah menggunakan Laravel kerana hampir semua diubah suai secara out-of-the box
Sepenuhnya disesuaikan
Satu lagi ciri khas Laravel adalah membolehkan pengubahsuaian secara meluas.
Enjin Template
Blade adalah enjin template Laravel yang mudah tetapi berkuasa tinggi yang disediakan oleh Laravel. Blade adalah dipandu daripada inheritance template dan juga section template
Pembina Database Query
Pembina database query Laravel menyediakan interface yang mudah untuk mencipta dan menguruskan database queries
Sistem Fail yang Pelbagai
Boleh menggunakan mana-mana storan seperti Local ataupun Cloud untuk menyediakan konfigurasi mudah untuk aplikasi anda.
Topik Pembelajaran
- Pengenalan PHP Laravel
- Local Enviroment
- Installations Laravel
- Struktur Laravel
- Memulakan Projek Sistem Pengurusan Pelajar
- Dependency Injection
- Routing Requests to Controllers
- Views
- Form Validation and Query Builder
- Authentications Function
- File Uploading
- Menghantar Email
- Mengubahsuai Data dengan Eloquent
- Mempakejkan Projek Contoh
- Form
Hasil Kursus
Di akhir Kursus Laravel ini, peserta akan dapat:
- Boleh memahami asas Pengaturcaraan PHP
- Mampu memahami asas MySQL
- Dapat memahami asas Laravel
- Boleh melaksanakan operasi asas CRUD
Siapa yang Patut Menghadiri Kursus Laravel?
Pembangun Laman Web
Pembangun PHP yang mencari rangka kerja MVC untuk mempercepatkan pembangunan web mereka
Pembangun aplikasi web perniagaan
Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 6 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus Public/Dalam Talian
Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

MOF No: 357-02240271