
Kursus Microsoft Access
Buat Laporan Yang Gempak Dengan Mudah Bila Anda Sudah Kuasai Penggunaan Microsoft Access.
- Simpan data ke dalam Table menggunakan Forms.
- Ubahsuai data di dalam pangkalan data menggunakan Query.
- Hubungkan key value pada data menggunakan Relationship.
- Hasilkan laporan data dalam masa yang singkat menggunakan Reports.
- Mod Penghantaran
Latihan Dalam Kelas
- 2 Hari
- Asas - Lanjutan
- Tahap Kesukaran
- Pra-Syarat
Sesuai Untuk Semua Terutama Mereka Yang Terlibat Dalam Bidang Pengurusan Dan Analisa Data.
- Pendaftaran Online
Gambaran Kursus
Kursus Microsoft Access ini ialah satu kursus yang dijalankan dengan motif untuk membantu peserta belajar cara menggunakan Microsoft Access untuk membuat pangkalan data lengkap dalam masa yang singkat. Kursus ini akan menumpukan kepada cara membuat pangkalan data, menyimpan dan memanipulasikan data serta membuat laporan data menggunakan Microsoft Access.
Microsoft Access adalah satu perisian untuk membina pangkalan data yang dibangunkan oleh
Microsoft Corporation. Microsoft Access dilengkapi fungsi Forms, Query dan Relationship. Perisian ini juga menyediakan fungsi Reports, memudahkan pengguna membuat laporan terus dari perisian ini tanpa perlu membuka perisian lain, sekaligus menjimatkan masa pengguna.
Di akhir kursus ini, pengguna akan belajar dan mampu menyimpan dan mengakses data dalam table, menganalisa data, menghubungkan data dan membuat laporan data menggunakan kelengkapan yang disediakan dalam Microsoft Access.
Hasil Kursus
- Simpan dan akses data yang banyak dalam table menggunakan Forms.
- Gunakan Query untuk cari dan analisa data serta membuat dataset.
- Sambung data yang ada dalam table menggunakan Relationship.
- Menggunakan Reports untuk membuat laporan data berdasarkan dataset sedia ada.
Bagaimana Microsoft Access Membantu Anda Dalam Kerja Harian?
Memudahkan anda mengisi data ke dalam table menggunakan Forms.
Menjimatkan masa anda membuat laporan dengan menggunakan Reports.
Gunakan Query untuk buat dataset dan elak menganalisa data sama berulang kali.
Anda boleh menggunakan dataset untuk membuat laporan.
Perisian ini boleh disambung kepada perisian lain untuk memproses atau memindah data.
Perisian ini ada fungsi multi user untuk anda membuat kerja secara berkumpulan.
Apa Yang Anda Boleh Buat Menggunakan Microsoft Access?
- Simpan dan rekod data dalam database.
- Boleh gunakan Query sebagai rangka untuk membuat laporan.
- Boleh menambah, memadam atau mengubah suai data dalam database.
- Pengubahsuaian dalam database akan diupdate kepada semua pengguna.
- Akses data secara lebih terperinci.
- Bangunkan perisian yang lengkap dalam masa singkat tanpa memakan kos yang tinggi.
Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Microsoft Access Ini?
Pelajar
Pekerja Awam
Pekerja Swasta
Agensi Kerajaan
Penganalisa Data dan Sistem
Peserta Antarabangsa
Mereka yang berminat untuk belajar membuat database
Kenapa Pilih Kursus Microsoft Access Kami?
Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus Public/Dalam Talian
Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

MOF No: 357-02240271