Kursus Google Analytics & Pensijilan

"Analisis pengunjung laman web anda secara terperinci untuk membentuk strategi perniagaan anda!"

Latihan Dalam Kelas

Mudah

Sesuai untuk semua

Gambaran Kursus

Kursus Google Analytics adalah untuk anda memanfaatkan satu platform online yang digunakan untuk mengetahui Business Performance. Bagi anda yang menjalankan business secara digital, anda boleh menjejaki bagaimana pengguna berinteraksi dengan laman web anda dan menggunakan data ini untuk mengiklankan produk anda di laman web lain.

Anda juga mampu menaikkan perniagaan anda dengan bantuan kursus Google Analytics  dengan cara lebih maju, setanding dengan ekonomi pada masa kini. Menurut berita Awani pada akhir tahun 2019, salah satu perkara yang harus dilakukan untuk membangunkan bisnes secara online adalah daftar akaun Google Analytics.

Pelbagai perkara yang dapat anda ketahui melalui kursus Google Analytics ini termasuk di mana pengunjung laman web anda berasal, minat mereka, demografi, dan juga berapa banyak wang yang dibelanjakan di laman web anda! Melalui kursus Google Analytics ini, anda akan bijak dalam mengambil peluang menggunakan data ini untuk memperluaskan perniagaan anda.

Kepentingan Kursus Google Analytics

Kursus Google Analytics amat penting kerana membolehkan anda untuk memperbaiki kelemahan laman web anda dengan mencipta Analytics Tracking, Conversion Tracking dan Remarketing Tracking.
  • Mengetahui berapa ramai jumlah pelawat di laman web anda serta berapa lamakah lawatan itu. Melalui analisis ini, anda dapat mengetahui sejauh mana minat pelawat terhadap laman web anda.
  • Melalui kursus Google Analytics juga anda mampu mengetahui ciri-ciri pelawat anda seperti returning user (user yang pernah lawati laman web anda dan kembali mengikuti perkembangan laman web anda) dan juga merangkumi jumlah traffic pada minggu berkenaan.
  • Anda juga boleh mengetahui bounce rate laman web anda – peratusan pelawat yang meninggalkan laman web anda selepas melawat hanya satu halaman. Peratusan bounce rate yang tinggi menunjukkan anda perlu melakukan sesuatu supaya pelawat terus tertarik dengan laman web anda.

Dengan kelebihan Google Analytics, anda mampu menaikkan ranking laman web anda di carian Google!

Hasil Kursus

Di akhir kursus Google Analytics ini, peserta akan dapat :

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Google Analytics?

Marketer

Senior Manager

Pemilik perniagaan

Eksekutif area marketing

Business Analyst

Web developer

Marketers, senior managers dan pemilik perniagaan harus mengambil peluang menyertai kursus ini. Tidak terkecuali buat eksekutif yang bertanggungjawab dalam area marketing dan business analysis. Pembangunan web dan jualan akan mendapat manfaat daripada kursus Google Analytics ini.

Antara Pelanggan Kursus Google Analytics Kami

Preview Kursus

Kenapa Kursus Google Analytics Kami?

Pada tahun 2018, kami diberi kepercayaan oleh MDEC untuk menjalankan kursus Digital Marketing untuk 350 digital marketing lectures dari Kolej Komuniti dan Politeknik di Malaysia. Seramai 100 orang lecturer dan trainer telah menyertai kursus Google Analytics yang dijalankan.

Di akhir kursus ini, peserta akan menduduki peperiksaan Google Analytics untuk memenuhi syarat sebagai Google Certified Individual. Peserta akan menerima Sijil Penyertaan Kursus daripada MU DOT MY PLT dan sekirangan peserta lulus Peperiksaan Google Analytics, peserta akan menerima Google Analytics Certification daripada pihak Google sendiri.

Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar

Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian

Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online

1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Preview Buku Panduan

Sokongan Percuma

Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.

Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan

Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan

Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.

Baca lebih lanjut

Peperiksaan Pensijilan Google

Mendapat pensijilan daripada Google setelah anda menghadiri latihan dan menduduki peperiksaan.

Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang

Kursus Public/Dalam Talian

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.

Kursus In-House

Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk dapatkan sebut harga rasmi dan brosur. Lihat Soalan Lazim
Boleh Dituntut HRD Corp
MOF No: 357-02240271

Apa itu Kursus Public?

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami berdasarkan tarikh yang ditetapkan. Bayar mengikut bilangan peserta.

Tarikh: Lihat kalendar kursus kami

Lokasi: Makmal Komputer, MU DOT MY PLT (Subang Jaya)

Sukatan Pelajaran: Kandungan kursus yang telah ditetapkan

Apa itu Kursus In-House?

Anjurkan kursus ini di pejabat anda pada bila-bila masa. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

  • Bilangan peserta had 25 orang sahaja

  • Tarikh kursus boleh dipilih oleh syarikat anda

  • Kandungan kursus boleh diubahsuai