Kursus Adobe After Effects

Latihan dalam kelas

Sederhana

Sesuai untuk semua

Gambaran Kursus

Kursus Adobe After Effects adalah satu kursus pengajaran yang lengkap untuk semua orang, menumpukan kepada penggunaan perisian Adobe After Effects dan cara penghasilan kesan khas yang disediakan dalam perisian ini. Kursus ini juga meliputi cara menghasilkan dan mengedit video digital komposit dan memasukkan kesan khas untuk tujuan pembentangan, kandungan visual dan kandungan pengajaran. Perisian ini sangat sesuai digunakan untuk menambah baik video yang dihasilkan untuk penghasilan filem, permainan video dan tontonan televisyen.

Di akhir kursus ini, peserta akan mampu menghasilkan video yang sangat cantik, disertakan kesan-kesan khas dan transition yang menarik. Peserta juga akan mampu membuat tracking, keying, penggubahan dan mencipta animasi.

Ciri-Ciri Adobe After Effects

after effects training

Boleh berinteraksi dengan aplikasi Adobe mobile yang lain seperti Adobe Hue CC dan Shape CC, memudahkan anda untuk mengedit gambar yang anda pada bila-bila masa sahaja.

after effects training

Hasilkan projek anda tanpa halangan. Adobe After Effects memberi anda fleksibiliti untuk memanipulasi komposisi dan saiz panel tanpa mengganggu video anda.

after effects training

Face Tracker memudahkan pengguna untuk menambah kesan khas atau mengubahsuai bahagian pada muka imej, atau memanipulasi warna dan tekstur yang ada pada bahagian tersebut.

Hasil Kursus

Di akhir Kursus Adobe After Effects ini, peserta akan dapat:

Siapa Yang Patut Hadir Ke Kursus Kami?

Pelajar

Video editor

Pekerja dalam bidang komersial

Mereka yang berminat untuk belajar mengedit video

Antara Pelanggan Kursus Adobe After Effects Kami

Kami menghargai dan mengutamakan pelanggan kami dan berharap hubungan kami berterusan.
after effects training

Adobe After Effects Dilengkapi Dengan Sokongan Cinema 4D, Membolehkan Anda Menghasilkan Objek 3D Dalam Projek Anda.

Cinema 4D yang disediakan dalam Adobe After Effects boleh digunakan untuk membuat modelling, animasi dan rendering dalam 3D. Selain itu, ia juga mempunyai interface yang sangat fleksibel dan mudah digunakan.

Kenapa Kursus Adobe After Effects Kami?

Kami terlibat dalam menguruskan lebih dari 400 sesi kursus bersama-sama lebih 10,000 peserta sejak penubuhan MU DOT MY pada 2008. Kursus kami diiktiraf dan diluluskan oleh HRDF.

Pada pertengahan November 2016, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah memilih MU DOT MY untuk menjalani Kursus Adobe After Effects. Kursus tersebut dijalankan selama 3 hari, dan telah mendapat respons yang positif dari pihak MPKK.

Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar

Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian

Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online

1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Preview Buku Panduan

Sokongan Percuma

Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.

Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan

Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan

Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.

Baca lebih lanjut

Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang

Kursus Public/Dalam Talian

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.

Kursus In-House

Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk dapatkan sebut harga rasmi dan brosur. Lihat Soalan Lazim
Boleh Dituntut HRD Corp
MOF No: 357-02240271

Apa itu Kursus Public?

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami berdasarkan tarikh yang ditetapkan. Bayar mengikut bilangan peserta.

Tarikh: Lihat kalendar kursus kami

Lokasi: Makmal Komputer, MU DOT MY PLT (Subang Jaya)

Sukatan Pelajaran: Kandungan kursus yang telah ditetapkan

Apa itu Kursus In-House?

Anjurkan kursus ini di pejabat anda pada bila-bila masa. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

  • Bilangan peserta had 25 orang sahaja

  • Tarikh kursus boleh dipilih oleh syarikat anda

  • Kandungan kursus boleh diubahsuai