Kursus Tableau Malaysia

Latihan Dalam Kelas

Mudah

Boleh menggunakan Microsoft Excel

Gambaran Kursus

Kursus Tableau ialah satu kursus yang menumpukan kepada cara-cara menggunakan perisian Tableau untuk mengurus dan memvisualisasikan data. Kursus ini terbuka kepada semua pengguna IT, individu, agensi dan sektor yang terlibat dalam pengurusan data. 

Kenapa anda perlu hadiri Kursus Tableau ini? Dalam kursus ini, anda akan belajar bagaimana menggunakan Tableau untuk menghasilkan visualisasi data dalam bentuk asas seperti carta bar dan carta pie. Anda juga akan belajar visualisasi lanjutan seperti histogram, carta gantt dan treemap. Melalui kursus ini juga anda akan didedahkan dengan pelbagai fungsi dan kelebihan yang ada dalam Tableau seperti Forecasting, Trend Lines, fungsi Drag and Drop dan interface Dashboard. Dan yang paling menarik, anda tidak perlu sebarang pengetahuan dalam coding untuk menggunakan perisian ini.

Di akhir kursus ini, peserta dijangka akan mampu memuat turun, mengatur cara dan menggunakan Tableau untuk menghasilkan visualisasi data dalam pelbagai bentuk tanpa menggunakan masa yang banyak. Peserta juga akan boleh membina visualisasi data mereka, berhubung dan berkongsi dengan orang lain tanpa perlu risau tentang keselamatan data mereka.

Apa Yang Anda Akan Pelajari?

Muat turun Tableau di komputer dan laptop. Untuk telefon pintar, muat turun Tableau Mobile.

Mula menggunakan Tableau untuk membuat visualisasi data dengan mudah dan cepat.

Menggunakan Tableau untuk menghubungkan data dari perisian lain seperti Microsoft Excel.

Menggunakan dashboard untuk memaparkan dan mengurus semua projek, data dan visualisasi data dalam satu tempat.

Membuat visualisasi data dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik.                     

Menggunakan Trend Lines untuk meramal arah pergerakan data menggunakan data yang ada.

Menggunakan Forecasting untuk meramal arah pergerakan data pada satu paksi berdasarkan data sedia ada.

Gunakan Clustering untuk mengumpul data kepada kumpulan yang berbeza mengikut parameter yang anda tetapkan.        

Drill Down untuk melihat informasi data itu secara terperinci, dan Drill Up untuk kembali kepada info ringkas yang diberikan.

Menggunakan Filter untuk mengasingkan data mengikut keperluan anda.

Menggunakan fungsi lain yang disediakan dalam Tableau seperti Drag and Drop.

Hasilkan Visual Dan Kongsikannya Dalam Sekelip Mata.

Tableau_Training_Malaysia_explore_data_with_the_app

Visualisasikan data anda menggunakan Tableau Desktop Edition. Gunakan kaedah Drag & Drop. Hasilkan visual yang menakjubkan dengan mudah.

Tableau_Training_Malaysia_save_it_to_your_profile

Simpan visualisasi data di profil Tableau anda.  Ubah suai profil anda dan berhubung dengan pengguna lain.

Tableau_Training_Malaysia_share_it_with_the_world

Kongsi visualisasi anda melalui media sosial. Atau masukkan ke dalam blog atau laman web anda. Karya anda yang diterbitkan akan sentiasa aktif dan interaktif.

Contoh visualisasi data yang menakjubkan dari pelbagai web yang dihasilkan menggunakan Tableau.

Tableau Training Malaysia Poverty and Food Loss in Japan
Inflasi Dan Kekurangan Makanan Di Jepun
Tableau Training Malaysia Poppin' Pyramds
Poppin' Pyramids
Tableau Training Malaysia ketogenic diet
Mengehadkan Pengambilan Karbohidrat: Diet Katogenik
Tableau Training Malaysia 2019 Thailand General Election
Pilihan Raya Umum Thailand 2019

Hasil Kursus

Di akhir kursus Tableau ini, peserta akan:

Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar

Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian

Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online

1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Sokongan Percuma

Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.

Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan

Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan

Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.

Baca lebih lanjut

Apa Yang Membezakan Tableau Dengan Perisian Business Intelligence (BI) Yang Sedia Ada?

Visualisasi data yang menarik dan mudah digunakan, melibatkan penggunaan drag and drop dan drill-down and up.

Boleh digunakan dengan semua spreadsheet atau database yang sedia ada.

Tableau mempunyai platform atas telefon pintar, membolehkan pengguna membuat visualisasi data di mana-mana sahaja.

Pemasangan dan naik taraf Tableau tidak memakan kos yang tinggi.

Mempunyai pelbagai kelengkapan yang ada pada kebanyakan perisian BI lain.

Tableau bekerjasama dengan pelbagai syarikat, dan komuniti Tableau bersedia untuk membantu sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Pelajar IT

Saintis Data

Penganalisis

Pekerja dalam sektor pengurusan data

Agensi Kerajaan

Mereka yang berminat untuk mengorganisasi dan membuat visualisasi data

Hubungkan data anda ke Tableau tanpa risiko dicuri oleh pihak lain

Dengan Tableau, anda tak perlu bersusah payah untuk menukar format data anda, kerana Tableau mampu untuk berhubung dengan lebih daripada 40 sumber dan perisian pengurusan data sedia ada. Selain mampu menghubungkan data, sambungan dan perkongsian data ke Tableau dijamin selamat kerana Tableau mempunyai sistem keselamatan yang kukuh.

Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang

Kursus Public/Dalam Talian

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.

Kursus In-House

Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk dapatkan sebut harga rasmi dan brosur. Lihat Soalan Lazim
[fc id='47'][/fc]
Boleh Dituntut HRD Corp
MOF No: 357-02240271

Apa itu Kursus Public?

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami berdasarkan tarikh yang ditetapkan. Bayar mengikut bilangan peserta.

Tarikh: Lihat kalendar kursus kami

Lokasi: Makmal Komputer, MU DOT MY PLT (Subang Jaya)

Sukatan Pelajaran: Kandungan kursus yang telah ditetapkan

Apa itu Kursus In-House?

Anjurkan kursus ini di pejabat anda pada bila-bila masa. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

  • Bilangan peserta had 25 orang sahaja

  • Tarikh kursus boleh dipilih oleh syarikat anda

  • Kandungan kursus boleh diubahsuai