Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Malaysia Website Awards (MWA) 2019

Malaysia Website Awards (MWA) 2019 ialah satu program Anugerah Laman Web berprestij yang dianjurkan oleh Exabytes Group of Companies, sebuah syarikat Penyedia Web Hosting Utama di Asia Tenggara. Program ini bertujuan mencari dan memberi penghargaan untuk prestasi, bakat dan usaha yang cemerlang dari pemaju web, pereka web dan agensi web terbaik di negara ini. Malaysia Website Award (MWA) 2019 ini telah diadakan pada 13 Feb 2020, bertempat di Colony Star Boulevard KLCC.

Piala Dan Venue MWA 2019   / FB

Teman Pakaian Rasmi Malaysia Website Awards (MWA) 2019 - STARTUPTSHIRT

Teman Pakaian Rasmi MWA  / FB

Anugerah yang disampaikan pada MWA 2019 merangkumi tiga anugerah iaitu Anugerah Site Of The Month, Anugerah Site Of The Year dan Favourite Website Awards. Pemenang bagi Anugerah Site Of The Month dan Anugerah Site Of The Year dipilih berdasarkan keputusan panel juri, berbeza dengan Anugerah Favourite Website yang pemenangnya ditentukan majoritinya berdasarkan undian awam. Bagi setiap anugerah ini, peserta yang menyertai dan bertanding  ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori, antaranya kategori Komersial, Peribadi dan E-Commerce.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia Website Awards (MWA) 2019 ini tertumpu kepada penganugerahan Anugerah Site Of The Month dan Site Of The Year, piala dan sijil kepada semua pemenang.

Sam Suresh Sebagai Salah Seorang Panel Juri MWA

Apabila sebut sahaja tentang pertandingan, juri memainkan peranan yang sangat penting dalam menggunakan kepakaran mereka menilai secara teliti dan adil, usaha dan hasil kerja mereka berdasarkan rubrik dan panduan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Dan disebabkan ini juga, panel juri telah dipilih dari beberapa pakar industri, profesional dan veteran yang sangat dihormati untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai, selain untuk mendapatkan keputusan yang munasabah dan tepat serta boleh diterima oleh orang ramai sepanjang anugerah ini berlangsung. Untuk pengetahuan anda, Sam Suresh dari MU DOT MY ialah salah seorang juri untuk MWA 2019.

Malaysia Website Awards 2019
Sam Suresh - MU DOT MY PLT

Kehadiran tokoh-tokoh yang sangat disegani sebagai panel juri yang menentukan pemenang, dan ditambah pula program anugerah ini yang diadakan hanya sekali setahun, tidak hairanlah jika saingan untuk anugerah ini sangat sengit, dengan setiap peserta bertanding mewakili laman web mereka dengan harapan untuk membawa pulang anugerah utama, iaitu Anugerah Site Of The Year.

Setelah apa yang telah disampaikan, kini tiba masa untuk menyenaraikan pemenang Anugerah Site Of The Year 2019 bagi setiap kategori.

Pemenang Malaysia Website Awards 2019 Bagi Anugerah Site Of The Year

Bike Bear – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori komersial.

Malaysia Website Awards 2019
Bike Bear telah membuat laman web yang hebat, yang melayakkan mereka menerima anugerah Site Of The Year untuk kategori Komersial.

Karuna Sarawak – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori peribadi.

Malaysia Website Awards 2019
Laman web yang dicipta oleh Karuna Sarawak yang dinilai dan menjaringkan markah tinggi oleh para hakim telah melayakkan mereka menerima anugerah bagi kategori Peribadi.

Multimedia Art Workshop Sdn Bhd – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori E-Commerce.

Malaysia Website Awards 2019
Laman web yang dihasilkan oleh Multimedia Art Workshop melayakkan mereka menerima anuger Site Of The Year bagi kategori E-Commerce.
Pemenang Malaysia Website Awards 2019
Malaysia Website Awards 2019 / FB

Selain Anugerah Laman Web Terbaik Tahunan, terdapat puluhan pemenang Anugerah Laman Web Terbaik Bulanan, hadir dan menerima anugerah mereka. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Malaysia Website Awards 2019 dan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menang, jangan risau, kerana penyertaan untuk anugerah seterusnya sudah berlangsung.

Anugerah MWA Akan Datang

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, MWA juga mengadakan anugerah bulanan yang disebut sebagai Anugerah Site Of The Month. Dan tujuan anugerah ini sangat mudah diteka, untuk menghargai laman web yang terbaik pada setiap bulan, dalam tiga kategori yang berbeza, dan anugerah ini disampaikan pada setiap hujung bulan. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Tunjukkan bakat dan potensi anda dan mula membina laman web yang menarik dan anggun untuk peluang diangkat sebagai pemenang anugerah ini.

Bagi pemaju dan pereka laman web serta agensi web yang mendapat perhatian awam sejak kebelakangan ini, anda juga boleh bertanding untuk anugerah Favourite Website MWA, kerana pemenang ditentukan berdasarkan undian awam.

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter