Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Kursus PowerPoint di llaollao

powerpoint training

Baru-baru ini, MU DOT MY telah menjalankan kursus secara in-house bagi syarikat di bawah francais aiskrim yoghurt terkenal llaollao. Mereka telah memilih kami untuk menjalankan kursus PowerPoint di dalam syarikat mereka bagi 19 orang eksekutif. Kursus selama dua hari ini diadakan di Sunway Nexis Office, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 21-22 Mac 2023.

Semasa kursus, peserta mempelajari segalanya mengenai PowerPoint dari asas hingga kemahiran lanjutan. Untuk menilai pengetahuan mereka, semua peserta diminta untuk membuat persembahan, dan kemudian kami akan menilai pengetahuan teknikal mereka mengenai slaid dan kemahiran persembahan.

Selain itu, kami juga memperkenalkan topik baru iaitu cara menggunakan ChatGPT, model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI yang dapat menjana respons seperti manusia terhadap arahan teks. Peserta mempelajari cara untuk menggabungkan alat inovatif ini ke dalam persembahan mereka supaya persembahan mereka lebih menarik dan interaktif.
Secara ringkasnya, kursus kami merangkumi semua kemahiran asas yang diperlukan dalam PowerPoint, termasuk perisian yang tersedia dalam Microsoft Office. Melalui kursus kami, peserta dapat meningkatkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi. 

Kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin meningkatkan produktiviti korporat untuk menjadualkan sesi kursus secara in-house dengan kami!

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter