Apakah itu SST?

SST adalah Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang telah dilaksanakan di Malaysia.

Terdapat dua jenis cukai berbeza di bawah SST yang ditadbir melalui perundangan berasingan, iaitu Akta Cukai Jualan 2018 yang dikenakan ke atas barang yang dikilangkan oleh pengilang berdaftar di Malaysia atau barang yang diimport ke dalam Malaysia; dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018yang dikenakan dan dilevikan ke atas manamana perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerajaan di bawah AktaCukai Perkhidmatan 2018 dan peraturan semasa yang berkuat kuasa. Cukai Jualan dikenakan pada kadar 10% manakala Cukai Perkhidmatan dikenakan pada kadar 6%.