Siapakah yang akan dikenakan SST?

Siapakah yang akan dikenakan SST?

Semua pelanggan MU DOT MY PLT termasuk Pelanggan Bukan Malaysia yang mempunyai alamat bil yang didaftarkan di Malaysia akan dikenakan Cukai Perkhidmatan pada kadar 6%, mengikut Akta Cukai Perkhidmatan 2018 untuk perkhidmatan yang dibuat selepas 1 Ogos 2019 dan pembayaran perlu dibuat sebelum pelaksanaan perkhidmatan.

Bila pelaksanaan SST ini berkuatkuasa?

Bila pelaksanaan SST ini berkuatkuasa?

Pelaksanaan SST di MU DOT MY PLT berkuatkuasa pada 1 Ogos 2019. Kursus dan perkhidmatan yang disediakan oleh MU DOT MY PLT akan dikenakan SST dengan kadar standard 6% ke atas invois yang dikeluarkan mulai 1 Ogos 2019.

Untuk maklumat lanjut mengenai SST, sila layari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyemak status pendaftaran SST kami.

Nama Perniagaan: MU DOT MY PLT
Nombor Pendaftaran SST: B16-1907-3200001

Apakah itu SST?

Apakah itu SST?

SST adalah Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang telah dilaksanakan di Malaysia.

Terdapat dua jenis cukai berbeza di bawah SST yang ditadbir melalui perundangan berasingan, iaitu Akta Cukai Jualan 2018 yang dikenakan ke atas barang yang dikilangkan oleh pengilang berdaftar di Malaysia atau barang yang diimport ke dalam Malaysia; dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018yang dikenakan dan dilevikan ke atas manamana perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerajaan di bawah AktaCukai Perkhidmatan 2018 dan peraturan semasa yang berkuat kuasa. Cukai Jualan dikenakan pada kadar 10% manakala Cukai Perkhidmatan dikenakan pada kadar 6%.