Berucap di WordCamp Singapore

wordcamp singapore featured image copy

WordCamp Singapore 2019 akan diadakan pada 16-17 Ogos 2019 di Microsoft Singapore dan General Assembly. Acara dua hari ini merangkumi Conference Day dan Contributors Day.

WordCamp Singapore merupakan konferensi yang fokus kepada WordPress. Acara tidak rasmi dijayakan oleh komuniti WordPress. Terdapat dua sesi dalam acara ini; Conference Day dan Contributors Day, yang fokus kepada sistem pengurusan kandungan WordPress. WordPress adalah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang membolehkan anda membuat reka bentuk laman web dan blog yang luar biasa.

Conference Day

Tarikh: 16 Ogos 2019
Tempat: Microsoft Singapore

Conference Day membentangkan pelbagai topik untuk semua peringkat bagi pengguna  WordPress. Topik termasuk pembangunan WordPress, copywriting, blog, reka bentuk, pemasaran, perniagaan, dan SEO, pembangunan front end dan back end, perniagaan WordPress, kajian kes penciptaan laman web dan WordPress untuk pemula. WordPress telah membantu ramai pereka, pemaju, pencipta kandungan, blogger dan pemilik perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Contributors Day

Tarikh: 17 Ogos 2019
Tempat: General Assembly

Contributors Day memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada komuniti WordPress. Sewaktu Contributors Day, pelbagai topik akan dibincangkan untuk semua peringka pengguna  WordPress.

Kemasukan Am $40 SGD

Pemegang tiket Kemasukan Am $40 SGD mempunyai akses ke Conference Day dan Contributors Day. Peserta dapat sertai semua tajuk-tajuk pembentangan tentang WordPress yang dikongsi oleh pakar WordPress pada hari Jumaat, 16 Ogos 2019. Minuman dan makanan disediakan dan dapat sertai parti bersama pengguna WordPress! Pada hari Sabtu, 17 Ogos 2019, peserta dapat akses ke Contributors Day dan menyumbang kepada WordPress bersama komuniti WordPress.

Penaja Komuniti $250 SGD

Pemegang tiket Penaja Komuniti $250 SGD dapat kesemua akses seperti pemegang tiket Kemasukan Am $40 SGD. Terbuka kepada freelance, syarikat kecil, dan pengguna WordPress yang ingin membuat sumbangan lebih untuk WordCamp Singapore.

Jumpa anda disana!

Inilah masanya untuk anda berjumpa dengan kenalan baru dan berbual bersama kenalan lama anda. Sam dari MU DOT MY PLT akan berucap di WordCamp Singapore pada 16 Ogos 2019 dengan tajuk  “Designing with Gutenberg”.

Jika anda menghadiri WordCamp Singapore 2019,  jangan lupa jumpa beliau di sana.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

WordCamp Asia Akan Datang pada 2020

welcome to wordcamp asia features image

WordCamp Asia 2020 akan diadakan pada 21-23 Februari 2020 di Bangkok, Thailand. Acara WordCamp diadakan pada setiap tahun di bandar- bandar Asia. Untuk pengetahuan anda, ini adalah WordCamp Asia pertama yang mengumpulkan komuniti WordPress di rantau Asia.

Asia mempunyai ramai komuniti WordPress. Oleh itu, penganjur WordCamp Asia menjangkakan lebih kurang 1,000 orang peserta yang akan menyertai WordCamp Asia 2020.

Terdapat dua sesi dalam acara ini; konferensi dan bengkel, yang fokus kepada sistem pengurusan kandungan WordPress. WordPress adalah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang membolehkan anda membuat reka bentuk laman web dan blog yang luar biasa.

Tiket

Tiket akan dijual secara berperingkat. Jika tiada tiket dijual dalam laman web rasmi mereka, anda perlu ikuti media sosial mereka untuk sebarang pemberitahuan terkini berkenaan penjualan tiket oleh orang ramai. Tiket dijual pada harga USD 26. Ini termasuk akses ke konferensi, parti dan barangan swag!

Dapatkan tiket anda sekarang!

Jumpa kami di sana!

Tenaga Pengajar utama kami, iaitu Sam merupakan salah seorang penganjur WordCamp Asia pada tahun ini.
Jika anda menghadiri WordCamp Asia 2020, jangan lupa jumpa beliau di sana.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sertai WordCamp Kuala Lumpur 2019 November Ini

wordcamp kuala lumpur 2019 featured image

WordCamp Kuala Lumpur (WCKL) akan diadakan pada hari Sabtu, 1-2 November 2019 di Berjaya Times Square. Terdapat dua sesi dalam acara ini; konferensi dan bengkel, yang fokus kepada sistem pengurusan kandungan WordPress. WordPress adalah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang membolehkan anda membuat reka bentuk laman web dan blog yang luar biasa.

WordCamp KL 2018

Tiket

Tiket WordCamp Kuala Lumpur 2019 adalah terhad. Tiada tiket tambahan yang akan dikeluarkan setelah semua tiket habis dijual. Tiket WordCamp berharga RM 79 sahaja. Anda hanya perlu bayar 75% kurang daripada kos sebenar. Terima kasih kepada Penaja mereka! Tiket juga boleh dibeli melalui perbankan dalam talian.

Dapatkan tiket anda sekarang!

Penajaan kali ketiga!

Pengasas bersama kami, Sam ialah penganjur utama untuk tahun ini WordCamp KL.

Terdapat banyak penaja yang menyumbang dalam acara ini. Sekali lagi kami menaja WordCamp KL dan kali ini sebagai Penaja Kategori Perak. Datang ke booth kami untuk ketahui lebih lanjut tentang Kursus WordPress kami dan dapatkan barangan terhad dari kami!

Kongsikan artikel inin dengan rakan anda:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Pelaksanaan SST Berkuatkuasa 1 Ogos 2019

sst 2019 sales and service tax

Selaras dengan pengumuman Kerajaan mengenai Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Ogos 2019. Kursus dan perkhidmatan yang disediakan oleh MU DOT MY PLT akan dikenakan SST dengan kadar standard 6% ke atas invois yang dikeluarkan mulai 1 Ogos 2019.

Nota:

Untuk maklumat lanjut mengenai SST, sila layari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyemak status pendaftaran SST kami.

Nama Perniagaan: MU DOT MY PLT
Nombor Pendaftaran SST: B16-1907-3200001

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas, sila hubungi kami di talian 603-80116639 atau emel kami di hello@mu.my.

Selamat Hari Krismas & Selamat Tahun Baru

MU DOT MY PLT ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru kepada semua pelanggan dan peserta.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kebahagiaan pada tahun baru yang akan datang.

Pejabat MU DOT MY PLT akan ditutup bermula pada 24 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017 dan akan beroperasi semula pada 3 Januari 2016.

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada pelanggan dan peserta terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu. Semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan menyinari kesejahteraan hidup.