Malaysia Website Awards (MWA) 2019

Malaysia Website Awards (MWA) 2019 ialah satu program Anugerah Laman Web berprestij yang dianjurkan oleh Exabytes Group of Companies, sebuah syarikat Penyedia Web Hosting Utama di Asia Tenggara. Program ini bertujuan mencari dan memberi penghargaan untuk prestasi, bakat dan usaha yang cemerlang dari pemaju web, pereka web dan agensi web terbaik di negara ini. Malaysia Website Award (MWA) 2019 ini telah diadakan pada 13 Feb 2020, bertempat di Colony Star Boulevard KLCC.

Piala Dan Venue MWA 2019   / FB

Teman Pakaian Rasmi Malaysia Website Awards (MWA) 2019 - STARTUPTSHIRT

Teman Pakaian Rasmi MWA  / FB

Anugerah yang disampaikan pada MWA 2019 merangkumi tiga anugerah iaitu Anugerah Site Of The Month, Anugerah Site Of The Year dan Favourite Website Awards. Pemenang bagi Anugerah Site Of The Month dan Anugerah Site Of The Year dipilih berdasarkan keputusan panel juri, berbeza dengan Anugerah Favourite Website yang pemenangnya ditentukan majoritinya berdasarkan undian awam. Bagi setiap anugerah ini, peserta yang menyertai dan bertanding  ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori, antaranya kategori Komersial, Peribadi dan E-Commerce.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia Website Awards (MWA) 2019 ini tertumpu kepada penganugerahan Anugerah Site Of The Month dan Site Of The Year, piala dan sijil kepada semua pemenang.

Sam Suresh Sebagai Salah Seorang Panel Juri MWA

Apabila sebut sahaja tentang pertandingan, juri memainkan peranan yang sangat penting dalam menggunakan kepakaran mereka menilai secara teliti dan adil, usaha dan hasil kerja mereka berdasarkan rubrik dan panduan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Dan disebabkan ini juga, panel juri telah dipilih dari beberapa pakar industri, profesional dan veteran yang sangat dihormati untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai, selain untuk mendapatkan keputusan yang munasabah dan tepat serta boleh diterima oleh orang ramai sepanjang anugerah ini berlangsung. Untuk pengetahuan anda, Sam Suresh dari MU DOT MY ialah salah seorang juri untuk MWA 2019.

Malaysia Website Awards 2019
Sam Suresh - MU DOT MY PLT

Kehadiran tokoh-tokoh yang sangat disegani sebagai panel juri yang menentukan pemenang, dan ditambah pula program anugerah ini yang diadakan hanya sekali setahun, tidak hairanlah jika saingan untuk anugerah ini sangat sengit, dengan setiap peserta bertanding mewakili laman web mereka dengan harapan untuk membawa pulang anugerah utama, iaitu Anugerah Site Of The Year.

Setelah apa yang telah disampaikan, kini tiba masa untuk menyenaraikan pemenang Anugerah Site Of The Year 2019 bagi setiap kategori.

Pemenang Malaysia Website Awards 2019 Bagi Anugerah Site Of The Year

Bike Bear – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori komersial.

Malaysia Website Awards 2019
Bike Bear telah membuat laman web yang hebat, yang melayakkan mereka menerima anugerah Site Of The Year untuk kategori Komersial.

Karuna Sarawak – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori peribadi.

Malaysia Website Awards 2019
Laman web yang dicipta oleh Karuna Sarawak yang dinilai dan menjaringkan markah tinggi oleh para hakim telah melayakkan mereka menerima anugerah bagi kategori Peribadi.

Multimedia Art Workshop Sdn Bhd – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori E-Commerce.

Malaysia Website Awards 2019
Laman web yang dihasilkan oleh Multimedia Art Workshop melayakkan mereka menerima anuger Site Of The Year bagi kategori E-Commerce.
Pemenang Malaysia Website Awards 2019
Malaysia Website Awards 2019 / FB

Selain Anugerah Laman Web Terbaik Tahunan, terdapat puluhan pemenang Anugerah Laman Web Terbaik Bulanan, hadir dan menerima anugerah mereka. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Malaysia Website Awards 2019 dan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menang, jangan risau, kerana penyertaan untuk anugerah seterusnya sudah berlangsung.

Read moreMalaysia Website Awards (MWA) 2019

10 Sebab Anda Perlu Menghadiri WordCamp KL 2019

WordCamp Kl 2019

WordCamp KL akan diadakan pada 1-2 November 2019 di Berjaya Times Square. WordCamp KL adalah acara yang besar mengumpulkan pengguna WordPress. Semua orang dari pengguna biasa hingga developer turut serta, berkongsi idea dan saling mengenali, sambil bersembang tentang CMS sumber terbuka kegemaran ramai, WordPress.

Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu menghadiri WordCamp KL 2019:

1. Harga tiket berpatutan

Tiket WordCamp asalnya berharga RM 250 untuk dua hari. Ribuan terima kasih kepada penaja kami, para peserta hanya membayar RM 79, anda boleh menikmati ceramah mengenai pelbagai topik yang luas dari pembangunan, blog, SEO dan pemasaran.

2. Penceramah hebat di WordCamp

WordCamp KL mengetengahkan penceramah tempatan dan antarabangsa seperti penceramah dari Google dan Automattic. Mereka berpengalaman dalam aspek teknikal, reka bentuk dan perniagaan ekosistem WordPress. Semua penceramah adalah sukarelawan.

3. Persidangan hujung minggu di KL

Persidangan utama pada 2 November akan menampilkan dua trek ceramah yang bermanfaat dan meningkatkan pengetahuan umum tentang topik-topik terkini. Luangkan hujung minggu anda untuk pembelajaran mengenai CMS WordPress.

4. Sesi suai kenal

Acara ini memberikan peluang kepada peserta untuk perkembangan profesional. Pengalaman yang memuaskan untuk anda berkomunikasi dengan peserta lain yang mempunyai minat yang sama.

5. Lokasi yang strategik

Kredit imej kepada Venueville

Manhattan Ballroom di Berjaya Times Square adalah tempat acara yang sesuai dengan suasana yang hebat supaya anda selesa sepanjang hari persidangan.

6. T Dri Fit WordCamp

Baju Dri Fit WordCamp sudah kembali! Kami menghasilkan kualiti yang bermutu tinggi untuk semua peserta pada tahun ini. Selain itu, baju tersebut dapat dipakai sepanjang tahun.

7. Cenderahati

WordCamp mempunyai pameran penaja dan anda berpeluang memperoleh cenderamata yang ditawarkan. Anda juga boleh mendapatkan swags dari pihak WordCamp KL dengan menghadiri WordCamp KL.

8. Makanan

Makanan dan minuman disediakan sepanjang persidangan. Nikmati bufet makan tengah hari di Hotel Berjaya Times Square.

9. Pengangkutan awam

Terletak di tengah Kuala Lumpur dengan stesen monorel yang bersebelahan, Hotel Berjaya Times Square dihubungkan dengan kereta api ke sistem pengangkutan awam di bandar.

10. Hari Penyumbang

WordCamp KL merupakan acara yang bermanfaat untuk melibatkan diri dalam projek sumber terbuka WordPress. Tujuan Hari Penyumbang adalah untuk memperkenalkan bagaimana anda dapat menyumbang kepada projek perisian percuma WordPress.

Kami akan berada di sana!

Pengasas MU DOT MY PLT, Sam adalah penganjur utama untuk WordCamp KL 2019

Ini merupakan satu keistimewaan bagi pengasas kami Sam untuk menjadi penganjur utama WordCamp KL tahun ini. Terdapat banyak penaja yang menyumbang kepada acara ini. MU DOT MY PLT menaja WordCamp KL sekali lagi sebagai salah satu Silver Sponsor. Sila melawat booth kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kursus WordPress dan mendapatkan barangan swag dari kami!

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sesi Menarik di WordCamp Singapura 2019

WordCamp Singapura telah diadakan pada 16 Ogos 2019 di Microsoft Singapura. Ini merupakan acara yang  dihadiri oleh penceramah antarabangsa bertukar pandangan mengenai WordPress. Peserta yang hadir berkongsi minat yang sama membincangkan mengenai  trend terkini dalam WordPress, yang merupakan sistem pengurusan kandungan Sumber Terbuka yang menguasakan 34% laman web dunia.

WordCamp Singapura 2019

Sesi persembahan kami

Kami berbangga dijemput untuk hadir di WordCamp Singapura sekali lagi. Perkongsian sesi bertajuk ‘Reka halaman dengan Gutenberg’ dipersembahkan oleh Sam. Sam juga pernah membentangkan dalam WordCamp Singapura 2017 yang lepas.

Speaker, WordCamp Singapura 2019

Sesi bertajuk ‘Reka halaman dengan Gutenberg’.

Sam mula berkongsi tentang Gutenberg yang merupakan editor kandungan yang dibina untuk WordPress. Perkongsian ini adalah mengenai beberapa ciri asas dan lanjutan dalam Gutenberg seperti post covers, columns, social embeds, classic editor, reusable blocks (eksport-import), custom CSS and pengalaman menggunakan JavaScript yang memperluaskan fungsi Gutenberg dalam WordPress.

Sam menyampaikan ucapannya

Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan dan tahap penglibatan antara penceramah dan peserta sangat meriah. Kebanyakan hadirin telah membincangkan topik ini dengan lebih mendalam.

WordCamp Kuala Lumpur 2019

WordCamp Kuala Lumpur pada 2 November 2019

Sekiranya anda terlepas WordCamp Singapura, anda dijemput ke WordCamp Kuala Lumpur 2019!  Sam merupakan penganjur utama WordCamp KL bagi tahun ini. MU DOT MY PLT sekali lagi menaja WordCamp Kuala Lumpur 2019 untuk kali ketiga berturut-turut.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sertai WordCamp Europe 2019 di Berlin

WordCamp Europe adalah persidangan WordPress terbesar di dunia. Acara tahunan ini terbuka kepada semua golongan, bertujuan untuk membina dan mengukuhkan hubungan antara komuniti WordPresss Eropah dan lain-lain. Acara ini merangkumi 2 hari Conference Day dan sehari Contributor Day.

WordCamp Europe, atau WCEU telah dianjurkan setiap tahun di negara-negara Eropah, dijayakan oleh sekumpulan sukarelawan terpilih dari komuniti WordPress. Pada tahun ini, acara ini bakal berlangsung di Berlin, Jerman pada 20-22 Jun 2019 di Estrel Hotel and Congress Center.

Kenapa perlu hadir ke WordCamp Europe?

Contributor Day

Contributor Day memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada komuniti WordPress. Ia akan berlangsung pada hari Khamis, 20 Jun 2019. Sepanjang hari tersebut, para peserta akan membuat penambahbaikan WordPress melalui pengekodan, penulisan, troubleshoot dan rancangan penambahbaikan untuk masa akan datang.     

Conference Day

Lihat lebih lanjut tentang sesi persidangan yang telah dijadualkan pada hari Jumaat, 21 Jun 2019 dan Sabtu, 22 Jun 2019 dan sertai bengkel yang manarik minat anda. Seramai 63 jurucakap akan berkongsi tentang tips penting mengenai WordPress.

matt-mullenwerg-wordpress-founder-wordcamp-europe

Jumpa dengan Pengasas WordPress

Inilah masa yang dinanti-nantikan untuk berjumpa dengan pengasas WordPress, Matt Mullenweg. Beliau terkenal dengan pembangunan perisian WordPress yang percuma dan sumber terbuka, yang kini diuruskan oleh The WordPress Foundation. Dengarkan ucapan beliau pada hari Jumaat, 21 Jun 2019, jam 2 petang. 

Maklumat penerbangan ke WordCamp Europe

Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Berlin namun anda boleh terbang melalui Singapore. Pada saat post ini ditulis, tiket penerbangan pergi balik dari Berlin adalah bernilai RM3100+.

Diskaun Penerbangan

Penganjur WordCamp Europe 2019 telah berjaya mendapatkan diskaun penerbangan. Jadi, dapatkan tiket penerbangan anda ke Berlin dengan diskaun istimewa dari Lufthansa

  1. Pilih penerbangan Austrian, Brussels, Eurowings, Finnair, Lufthansa, SWISS.
  2. Mulakan perjalanan anda seawal 13 Jun 2019 dan tamat pada 29 Jun 2019.
  3. Tempah tiket sehala atau dua hala sebelum 22 Jun 2019.
luftansa-wordcamp-europe

Bagaimana menempah tiket penerbangan?

Lufthansa

  1. Klik: www.lh.com/event-flight-booking.
  2. Skrol ke ‘Event Code’.
  3. Masukkan DEZQWFJ, dan tekan ‘Proceed to Booking’. Anda perlu ke laman web WordCamp Europe, cari Lufthansa.com. Anda akan nampak harga diskaun penerbangan yang telah dimasukkan dan juga tambang promosi lain. Pelanggan Eurowings perlu ikuti link alternatif, kemudian teruskan dengan langkah 4.
  4. Masukkan destinasi, tarikh kelas penerbangan, dan mulakan carian. 
  5. Terokai harga bagi kelas Ekonomi dan Bisnes dan pilih penerbangan pilihan anda untuk tempahan dan bayaran. 

Diskaun Swag

Ingin dapatkan barangan WordPress? Buat pesanan awal barangan WordPress dan dapatkan POTONGAN 20% dengan kod kupon: WCEU2019

WAPUU SWAG

Jumpa Kami di Sana!

Inilah masanya untuk anda berjumpa dengan kenalan baru dan berbual bersama kenalan lama anda. Jangan lupa untuk sertai After Party yang bertemakan ‘Kembali ke tahun 80an’ untuk meraikan WCEU tahun ini.

Sam dari MU DOT MY PLT turut menjadi sukarelawan WordCamp Europe tahun ini. Jadi, sekiranya anda menghadiri WordCamp Europe 2019, sila berhubung dengan beliau. 

Sambutan Ulang Tahun ke-15 WordPress di KL

Bersempena dengan Ulang Tahun ke-15 WordPress, exabytes berbesar hati menjadi sebahagian daripada  Komuniti WordPress Kuala Lumpur Malaysia  untuk menyokong acara ini. Acara ini diadakan di Level 6 Setiawalk, pejabat Puchong yang juga dikenali sebagai Exabyte EasySpace.

Sekitar 60 peserta termasuk peminat WordPress, penaja dan penyelenggara mengambil bahagian dalam acara ini petang yang indah ini. Acara bermula jam 6 petang dan berakhir sekitar pukul 9 malam. Peserta datang menuangkan walaupun hujan lebat (tiada pun yang dimaksudkan) dan lalu lintas yang perlahan.

Selepas pendaftaran, Sam Suresh, penganjur (MU DOT MY PLT) memulakan acara dengan pengenalan mengenai agenda hari ini dan pengenalan ringkas mengenai WordPress.

Seterusnya, Rindy Portfolio turut berkongsi mengenai peningkatan kronologi WordPress dan menyebut tentang versi seterusnya WordPress 5.0, Gutenberg. Ciri yang paling penting ialah pengguna WordPress dapat mengubah semua tetapan secara real-time yang sama dengan WYSIWYG (yang anda lihat adalah apa yang anda dapatkan) fungsi.

Tidak sabar untuk mencuba versi seterusnya? Berita baiknya ialah anda boleh mempunyai demo langsung di  https://testgutenberg.com/ . Untuk lebih banyak dokumentasi dan pengumuman rasmi, anda boleh membacanya dari  https://wordpress.org/gutenberg/ . Jangan lupa untuk berkongsi maklum balas anda kepada pemaju WordPress supaya dapat bertambah baik.

Kemudian, kami mempunyai Eshaan Menon yang berkongsi pemikirannya mengenai HTTPS untuk WordPress, CMS dan banyak topik popular lain seperti platform laman web yang paling dicari di dunia.

Selepas itu, David berkongsi fakta dan maklumat yang lebih menarik mengenai WordPress. Dia memperkenalkan “Wapuu”, maskot rasmi WordPress yang ramai pengguna tidak tahu tentang sejarah dan cerita reka bentuk.

Pada masa ini, sesetengah negara sudah mempunyai Wapuu setempat tetapi Malaysia belum mempunyai versi rasmi kami sendiri. Berminat untuk menghantar versi anda? Anda boleh membaca lebih lanjut di  https://wapu.us/

Memandangkan masih bulan Ramadan, semua orang “buka puasa” bersama-sama  dengan juadah yang menarik  seperti pizzas, KFC, McDonald’s McChicken, pencuci mulut tempatan dan banyak lagi. Tidak perlu berkata apa-apa lagi, tidak ada yang tersisa pada akhir hidangan!

Acara itu lebih terperinci apabila Sam menyediakan permainan kuiz atas talian di mana semua peserta boleh memenangi hadiah yang menarik. Semua soalan berkaitan dengan sesi perkongsian sebelum ini, seperti siapa yang menjadi pengasas WordPress, yang kini memiliki WordPress atau yang merupakan pencipta Wapuu.

Itulah masa di mana sangat teruja kerana untuk mendapatkan skor tertinggi, bukan sahaja anda perlu menjawab dengan betul, tetapi anda juga harus cepat.

Selain daripada Exabytes,  Amanz  dan  Mind Blow  juga merupakan penaja utama acara untuk makanan dan hadiah cabutan bertuah. Salah satu kemuncak utama adalah hadiah akhir cabutan bertuah yang merupakan 3 telefon pintar selfie Vivo V5 yang bernilai RM1,299. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta!

Vernon Chan dari Mind Blow menyampaikan telefon pintar Vivo V5 kepada pemenang bertuah.

Amanz, penaja utama acara tersebut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.

Akhir sekali, kami mengucapkan  Selamat Hari Lahir ke-15 WordPress!

* Lebih banyak foto acara boleh dilihat dari Galeri Rasmi Exabytes di https://www.flickr.com/photos/128993624@N04/albums/72157697335981835

Artikel ini diambil dari  exabytes.my