Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

10 Sebab Anda Perlu Menghadiri WordCamp KL 2019

WordCamp Kl 2019

WordCamp KL akan diadakan pada 1-2 November 2019 di Berjaya Times Square. WordCamp KL adalah acara yang besar mengumpulkan pengguna WordPress. Semua orang dari pengguna biasa hingga developer turut serta, berkongsi idea dan saling mengenali, sambil bersembang tentang CMS sumber terbuka kegemaran ramai, WordPress.

Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu menghadiri WordCamp KL 2019:

1. Harga tiket berpatutan

Tiket WordCamp asalnya berharga RM 250 untuk dua hari. Ribuan terima kasih kepada penaja kami, para peserta hanya membayar RM 79, anda boleh menikmati ceramah mengenai pelbagai topik yang luas dari pembangunan, blog, SEO dan pemasaran.

2. Penceramah hebat di WordCamp

WordCamp KL mengetengahkan penceramah tempatan dan antarabangsa seperti penceramah dari Google dan Automattic. Mereka berpengalaman dalam aspek teknikal, reka bentuk dan perniagaan ekosistem WordPress. Semua penceramah adalah sukarelawan.

3. Persidangan hujung minggu di KL

Persidangan utama pada 2 November akan menampilkan dua trek ceramah yang bermanfaat dan meningkatkan pengetahuan umum tentang topik-topik terkini. Luangkan hujung minggu anda untuk pembelajaran mengenai CMS WordPress.

4. Sesi suai kenal

Acara ini memberikan peluang kepada peserta untuk perkembangan profesional. Pengalaman yang memuaskan untuk anda berkomunikasi dengan peserta lain yang mempunyai minat yang sama.

5. Lokasi yang strategik

Kredit imej kepada Venueville

Manhattan Ballroom di Berjaya Times Square adalah tempat acara yang sesuai dengan suasana yang hebat supaya anda selesa sepanjang hari persidangan.

6. T Dri Fit WordCamp

Baju Dri Fit WordCamp sudah kembali! Kami menghasilkan kualiti yang bermutu tinggi untuk semua peserta pada tahun ini. Selain itu, baju tersebut dapat dipakai sepanjang tahun.

7. Cenderahati

WordCamp mempunyai pameran penaja dan anda berpeluang memperoleh cenderamata yang ditawarkan. Anda juga boleh mendapatkan swags dari pihak WordCamp KL dengan menghadiri WordCamp KL.

8. Makanan

Makanan dan minuman disediakan sepanjang persidangan. Nikmati bufet makan tengah hari di Hotel Berjaya Times Square.

9. Pengangkutan awam

Terletak di tengah Kuala Lumpur dengan stesen monorel yang bersebelahan, Hotel Berjaya Times Square dihubungkan dengan kereta api ke sistem pengangkutan awam di bandar.

10. Hari Penyumbang

WordCamp KL merupakan acara yang bermanfaat untuk melibatkan diri dalam projek sumber terbuka WordPress. Tujuan Hari Penyumbang adalah untuk memperkenalkan bagaimana anda dapat menyumbang kepada projek perisian percuma WordPress.

Kami akan berada di sana!

Pengasas MU DOT MY PLT, Sam adalah penganjur utama untuk WordCamp KL 2019

Ini merupakan satu keistimewaan bagi pengasas kami Sam untuk menjadi penganjur utama WordCamp KL tahun ini. Terdapat banyak penaja yang menyumbang kepada acara ini. MU DOT MY PLT menaja WordCamp KL sekali lagi sebagai salah satu Silver Sponsor. Sila melawat booth kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kursus WordPress dan mendapatkan barangan swag dari kami!

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter