Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

WordCamp Asia Akan Datang pada 2020

welcome to wordcamp asia features image

WordCamp Asia 2020 akan diadakan pada 21-23 Februari 2020 di Bangkok, Thailand. Acara WordCamp diadakan pada setiap tahun di bandar- bandar Asia. Untuk pengetahuan anda, ini adalah WordCamp Asia pertama yang mengumpulkan komuniti WordPress di rantau Asia.

Asia mempunyai ramai komuniti WordPress. Oleh itu, penganjur WordCamp Asia menjangkakan lebih kurang 1,000 orang peserta yang akan menyertai WordCamp Asia 2020.

Terdapat dua sesi dalam acara ini; konferensi dan bengkel, yang fokus kepada sistem pengurusan kandungan WordPress. WordPress adalah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang membolehkan anda membuat reka bentuk laman web dan blog yang luar biasa.

Tiket

Tiket akan dijual secara berperingkat. Jika tiada tiket dijual dalam laman web rasmi mereka, anda perlu ikuti media sosial mereka untuk sebarang pemberitahuan terkini berkenaan penjualan tiket oleh orang ramai. Tiket dijual pada harga USD 26. Ini termasuk akses ke konferensi, parti dan barangan swag!

Dapatkan tiket anda sekarang!

Jumpa kami di sana!

Tenaga Pengajar utama kami, iaitu Sam merupakan salah seorang penganjur WordCamp Asia pada tahun ini.
Jika anda menghadiri WordCamp Asia 2020, jangan lupa jumpa beliau di sana.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter