Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Berucap di WordCamp Singapore

wordcamp singapore featured image copy

WordCamp Singapore 2019 akan diadakan pada 16-17 Ogos 2019 di Microsoft Singapore dan General Assembly. Acara dua hari ini merangkumi Conference Day dan Contributors Day.

WordCamp Singapore merupakan konferensi yang fokus kepada WordPress. Acara tidak rasmi dijayakan oleh komuniti WordPress. Terdapat dua sesi dalam acara ini; Conference Day dan Contributors Day, yang fokus kepada sistem pengurusan kandungan WordPress. WordPress adalah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang membolehkan anda membuat reka bentuk laman web dan blog yang luar biasa.

Conference Day

Tarikh: 16 Ogos 2019
Tempat: Microsoft Singapore

Conference Day membentangkan pelbagai topik untuk semua peringkat bagi pengguna  WordPress. Topik termasuk pembangunan WordPress, copywriting, blog, reka bentuk, pemasaran, perniagaan, dan SEO, pembangunan front end dan back end, perniagaan WordPress, kajian kes penciptaan laman web dan WordPress untuk pemula. WordPress telah membantu ramai pereka, pemaju, pencipta kandungan, blogger dan pemilik perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Contributors Day

Tarikh: 17 Ogos 2019
Tempat: General Assembly

Contributors Day memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada komuniti WordPress. Sewaktu Contributors Day, pelbagai topik akan dibincangkan untuk semua peringka pengguna  WordPress.

Kemasukan Am $40 SGD

Pemegang tiket Kemasukan Am $40 SGD mempunyai akses ke Conference Day dan Contributors Day. Peserta dapat sertai semua tajuk-tajuk pembentangan tentang WordPress yang dikongsi oleh pakar WordPress pada hari Jumaat, 16 Ogos 2019. Minuman dan makanan disediakan dan dapat sertai parti bersama pengguna WordPress! Pada hari Sabtu, 17 Ogos 2019, peserta dapat akses ke Contributors Day dan menyumbang kepada WordPress bersama komuniti WordPress.

Penaja Komuniti $250 SGD

Pemegang tiket Penaja Komuniti $250 SGD dapat kesemua akses seperti pemegang tiket Kemasukan Am $40 SGD. Terbuka kepada freelance, syarikat kecil, dan pengguna WordPress yang ingin membuat sumbangan lebih untuk WordCamp Singapore.

Jumpa anda disana!

Inilah masanya untuk anda berjumpa dengan kenalan baru dan berbual bersama kenalan lama anda. Sam dari MU DOT MY PLT akan berucap di WordCamp Singapore pada 16 Ogos 2019 dengan tajuk  “Designing with Gutenberg”.

Jika anda menghadiri WordCamp Singapore 2019,  jangan lupa jumpa beliau di sana.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda:

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter