Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

ASEAN Cyberkids Camp 2013

Pada 25 hingga 29 November 2013, mu.my! telah terpilih untuk menjalankan sesi latihan kursus bagi ASEAN Cyberkids Camp (ACC) 2013. Kursus ini diadakan di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur, dan ini merupakan tahun ke-3 bagi mu.my! menjalankan kursus tersebut.

Kursus 5 hari adalah tentang latihan seperti pengenalan kepada Portal Maxis Cyberkids, Pengubahsuaian filem , Aplikasi Sumber Terbuka, aplikasi android dan kursus bagi pengajar.

Pada majlis penutupan penutupan ACC.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek datang melawat ke tempat kami dan melihat hasil akhir daripada kursus yang dijalankan

Dalam setiap sesi latihan, mu.my! menyediakan cenderahati kepada peserta yang aktif dalam memberi kerjasama semasa kursus dijalankan. Antara cenderahati yang ditawarkan kepada peserta adalah telefon pintar Lenovo Android, Pendengar suara Philip’s dan macam-macam lagi.

Figure 3 : Participants also have an opportunity to show their work to others

Kursus ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga OKU dar SMPKV Shah Alam, Quak Zhi Ren dimana peserta khas ini memberikan banyak idea yang bernas dan begitu aktif  melakukan aktiviti bersama peserta lain.

mu.my! juga menyediakan “online assessment” yang dapat membantu peserta memberikan maklum balas sepanjang program ini diadakan

“Saya menerima banyak tunjuk ajar berkenaan informasi teknologi dan memberikan kesan kepada kehidupan seharian. Saya menghadiri kursus ini untuk menambah pelbagai ilmu tentang teknologi.”
 May Thu Thu Maung dari Myanmar

 “Kempen yang sangat bagus dan banyak membantu saya untuk lebih memahami dan mendalami bidang ICT.”

– Muhamad Fazlie Bin Lok from Malaysia

 

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter