Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Berita terkini

Tutorial & Blog terkini

Kursus akan datang

may, 2021

Exabytes eCommerce Conference

eec-2019-main-conference-featured-image

Konferensi Exabytes eCommerce (EEC) 2019 telah dianjurkan oleh Exabytes Network Sdn. Bhd. pada 27 Jun 2019 di MaGIC, Cyberjaya. Banyak jenama terkemuka dan pengguna eCommerce hadir ke majlis ini untuk belajar dan mencari inspirasi bagi mengukuhkan lagi perniagaan mereka dalam eCommerce selain daripada menambah kenalan. EEC 2019 berjaya mengumpulkan ramai pengguna eCommerce, pemasaran dan pakar dalam bidang teknologi untuk fokus kepada trend terkini eCommerce. Terdapat beberapa slot disediakan untuk para hadirin, golongan profesional dan peserta pameran yang dapat meningkatkan potensi mereka untuk menjalin kerjasama dan menjadi rakan kongsi pada masa akan datang.  

Pembentang

Chan Kee Siak, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes Group memulakan konferensi utama dengan topik “Perkembangan ekonomi digital global”. Kemudian diteruskan lagi dengan 29 pembentang dari pemilik perniagaan tempatan dan antarabangsa yang berkongsi fikiran dan pendapat mereka dalam topik trending, Strategi eCommerce 2019 melalui pembentangan, perbincangan panel dan bengkel.

Chan Kee Siak CEO Exabytes at EEC 2019
Kredit foto: Exabytes

Peserta EEC 2019

Hampir 800 peserta yang terdiri daripada warga Malaysia dan juga antarabangsa memenuhi semua ruang acara di MaGIC, Cyberjaya untuk belajar, berkenalan dan menambah pengalaman. Banyak topik terkini dan pembentang baru yang dikenalkan di EEC 2019. Selain daripada pembentangan, terdapat 28 booth yang mempamerkan pelbagai platform eCommerce mereka menjadi daya tarikan para peserta yang hadir. 

eec-2019-magic-cyberjaya-lobby copy2
Peserta EEC 2019 di ruang pendaftaran
eec-2019-cyberjaya-workshop2
Peserta di bengkel EEC 2019
eec-networking-lounge-cyberjaya
Ruang rangkaian EEC
eec-networking-lounge
Ruang rangkaian VVIP EEC

Slot dalam EEC 2019 terdiri daripada Konferensi Utama, Bengkel dan Rangkaian. Peserta EEC 2019 memanfaatkan semua slot yang disediakan semasa EEC 2019. Hampir semua sudut dalam bangunan MaGIC dipenuhi para peserta termasuk dewan konferensi utama, bilik bengkel dan ruang rangkaian. 

Penaja dan Rakan Kongsi EEC 2019

Ramai penaja dan rakan kongsi berkolaborasi dalam menjayakan EEC 2019 termasuk MU DOT MY PLT. Dalam konferensi ini, kami telah mengambil bahagian sebagai penaja. MU DOT MY PLT merupakan syarikat yang menjalankan latihan ICT dimana kami ada menyediakan kursus berkenaan eCommerce iaitu Kursus eCommerce WordPress. Di ruang pameran EEC 2019, kami telah menawarkan promosi pendaftaran kursus. Bagi mereka yang terlepas peluang ini, anda masih boleh dapatkan diskaun pendaftaran kursus sebanyak 10%, sah sehingga 31 Disember 2019. Skrol ke bawah untuk dapatkan kod diskaun!

Lihat gambar di EEC 2019!

Konferensi Seterusnya

Exabytes Network Sdn. Bhd. akan menganjurkan satu lagi konferensi, Exabytes Internet Marketing Summit (EIMS) yang akan diadakan pada 8 Ogos 2019. EIMS 2019 menyasarkan untuk lebih ramai peserta hadir di MaGIC Cyberjaya. Sertai ke EIMS 2019 untuk berjumpa dengan ramai pakar pemasaran digital. MU DOT MY PLT akan berada disana untuk bercakap tentang WordPress. Jumpa anda di sana!

Daftar Kursus eCommerce WordPress

Guna kod kupon EEC201910 dan dapatkan potongan 10%. Sah sehingga 31 Disember 2019.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter