Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Joomla 3.2 – Kursus Awam – Feb 2014

Pada 24th February hingga 28th February 2014, Kursus awam Joomla! 3.2  telah dijalankan oleh MU DOT MY. Peserta daripada pelbagai syarikat dan institusi awam seperti UiTM Shah Alam, Maslow Trainers and Consultant dan Malaysian Society for Quality In Health telah berjaya mengikuti kursus ini.

Kursus ini dijalankan selama 5 hari bermula dari peringkat asas hingga ke peringkat professional bagi Joomla! 3.2. Semasa di dalam kursus peserta diberikan masa yang sesuai untuk menerima dan memahami asas kursus tersebut.

Terdapat banyak soalan daripada peserta kursus berkenaan dengan laman sesawang sedia ada yang mereka perlu bangunkan dan cara untuk melakukan penambahan maklumat pada website tersbut. Tenaga pengajar kami memberikan penjelasan dan jawapan kepada semua pertanyaan tersebut dan membantu menyelesaikan masalah mereka.

Kursus ini juga membantu semua peserta menaik taraf joomla sedia ada mereka ke Joomla! 3.2 yang terbaru.

Semua peserta berpuas hati dengan kursus tersebut dan mereka memperolehi banyak maklumat terkini tentang Joomla! dan berinspirasi untuk terus membangunkan website syarikat.

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter