Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Linggi, Negeri Sembilan

Penubuhan PI1M memberi komuniti pedalaman kelengkapan dan teknologi yang setanding dengan komuniti bandar. PI1M ini dilengkapi dengan internet jalur lebar yang berkelajuan 4 Mbps dan juga memiliki perisian “Hardware” yang canggih. PI1M membantu komuniti luar bandar dengan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada teknologi ICT dan internet bagi meningkat taraf hidup mereka.

Fokus utama PI1M adalah untuk menyediakan perkhidmatan internet kepada masyarakat tempatan dalam kawasan yang kurang mendapat liputan. PI1M, Mukim Linggi adalah yang pertama dibangunkan di daerah Port Dickson dan sehingga kini terdapat 28 PI1M di Negeri Sembilan.

 

 

Kini penduduk di mukim linggi, negeri sembilan boleh menggunakan kemudahan internet jalur lebar hasil daripada penubuhan PI1M yang dibangunkan oleh MCMC.

Majlis perasmian ini diadakan pada 15 Mac 2015 dan dibuka secara rasminya Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato ‘Seri Utama Haji Muhammad bin Haji Hasan, Ketua esekutif pembangunan MCMC, Dato ‘Mohd Ali Hanafi juga turut hadir bersama dengan wakil daripada jabatan kerajaan, Ketua cawangan MCMC, syarikat telekomunikasi ,ketua kampung, JKKK dan penduduk tempatan mukim linggi.

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter