Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Melihat kembali tahun 2015 dan Selamat Hari Natal, Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru!

Pejabat kami akan ditutup sempena cuti akhir tahun dari 24 Dec 2015 hingga 3 Jan 2016. Kami akan beroperasi seperti biasa bermula pada 4 Jan 2016. Tahun 2015 sudah semakin hampir untuk melabuhkan tirainya, Kami ingin memberikan sedikit ulasan berkenaan dengan pencapaian MU DOT MY PLT sepanjang tahun 2015.

Dec 2015

MU DOT MY PLT melatih MAMPU memperbaharui laman web menggunakan Joomla CMS . MU DOT MY PLT dilantik sebagai coach dan bersama-sama membangunkan laman web rasmi MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia dibawah Jabatan Perdana Menteri).

Semakin ramai peserta yang mengikuti latihan! Lebih daripada 30 sesi latihan telah dijalankan dan sebanyak 200 orang telah dilatih bagi tahun 2015!

Sumbangan

Oct 2015

MU DOT MY PLT telah menyertai Joomla World Conference 2015 di Bangalore India.

Perbentangan di JWC 2015

Tenaga pengajar kami terlibat dalam sesi perbentangan di JWC 2015 Bangalore India. Tenaga pengajar kami,  Sam telah dipilih sebagai ketua pensijilan platform Joomla! Selepas 2 tahun menyumbang kepada projek Joomla, tenaga pengajar kami mengetuai kumpulan platform untuk membangunkan platform peperiksaan online untuk projek Joomla!.

sam at india

Presiden Joomla! Sarah Watz melawat MU DOT MY PLT

MU DOT MY PLT menganjurkan Joomla! Day 2015 yang terbesar di Malaysia

www.youtube.com/watch?v=JPi_RlccdHc

July 2015

MU DOT MY @ Google

MU DOT MY PLT telah dijemput oleh pihak Google untuk menghadiri kursus kepimpinan mobile di Google Malaysia.

at google malaysia

May 2015

iMoot Persidangan Moodle Antarabangsa 2015

Speaker kami Sam membuat pembentangan di iMoot 2015: Ubahsuai Aplikasi Moodle Mobile

Mar 2015

Kursus komuniti perniagaan online kami telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Negeri Sembilan!

 

Pensijilan kursus Google Analytics & Adwords

negeri sembilan

Feb 2015

Pengeluaran modul Joomla

Kami telah mengeluarkan 2 modul joomla bagi fungsi kebolehcapaian.

  1. MU High Contrast
  2. MU Text to Speech

Jan 2015

MU DOT MY dijenamakan semula sebagai MU DOT MY PLT selepas 6 tahun MU DOT MY menjadi perkongsian liabiliti terhad (LLP) dan memulakan perniagaan sebagai MU DOT MY PLT.

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut cuti dan selamat tahun baru! Semoga tahu baru anda dipenuhi dengan keamanan, kasih sayang dan harmoni!

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter