Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Seminar Hari Terbuka PESIMA tahun 2016

SEMINAR HARI TERBUKA PESIMA TAHUN 2016

Persatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Malaysia (PESIMA) dengan usahasama dan sokongan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancang Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Seminar dan Hari Terbuka PPTM 2016.

Seminar telah berlansung pada pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Tarikh yang ditetapkan adalah pada 26 September dan diadakan di Dewan Seri Lestari Aras B1, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) Putrajaya. Seminar ini membahas bagaimana prospek ilmu tentang idea, pandangan dan pengetahuan dalam teknologi ICT.

Seminar ini telah melibatkan penyertaan warga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK Negeri) seramai 300 peserta.

 Pengisian penting dalam seminar ini adalah

  • Taklimat Program oleh Puan Siti Aishah Binti Zachariah – Yang Dipertua PESIMA
  • Pembentangan Bidang Kemahiran PPTM – Pakar Runding ICT Sektor Awam MAMPU
  • Perasmian Seminar dan Hari Terbuka PPTM 2016 oleh YBrs. Dr Suhazimah Binti Dzazali – Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU
  • Ceramah bertemakan “PPTM Peneraju Sokongan Profesional Berteknologi” oleh YBrs. Dr Suhazimah Binti Dzazali

Tahun ini Sarah, wakil dari MU DOT MY PLT telah memberi taklimat ringkas tentang kursus dan perkhidmatan kami serta booth pameran kami. MU DOT MY telah memberi beberapa hadiah menarik dan goodies bag kepada semua pengunjung booth kami.

TEMUI KAMI DI ACARA SETERUSNYA HARI OWASP MALAYSIA PADA NOVEMBER 2016

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter