Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

WordCamp Singapore 2017

Pada 28 dan 29 Oktober 2017, WordPress Meetup Singapore telah mengadakan WordCamp Singapura buat kali ketiga yang bertempat di Suntec City Convention Centre, Singapore. WordCamp merupakan persidangan  kasual dan santai yang meliputi semua yang berkaitan dengan WordPress, perisian penerbitan peribadi terbuka yang mengaktifkan lebih daripada 75 juta laman web di dunia. Acara ini disertai lebih daripada 240 orang peserta tempatan dan juga luar negara seperti Greece, Australia, Hong Kong, Jepun dan banyak lagi.

WordCamp Singapore pada kali ini telah melibatkan 2 sesi yang berbeza iaitu Conference Day dan Contributor & Workshop Day. Conference Day adalah sesi satu hari dimana ceramah mengenai WordPress yang akan disampaikan oleh speaker jemputan. Sesi ini menawarkan 2 trek ceramah menarik yang disampaikan oleh 20 speaker berbeza (12 speaker dari seluruh dunia dan 8 speaker lagi adalah warga tempatan). Tenaga pelajar kami, Sam juga dipilih untuk memberikan ceramah mengenai aplikasi mobile. Tajuk beliau yang menarik, iaitu ‘Building your first Mobile Application with WordPress Backend’ membuatkan para peserta memenuhi ruang dewan semasa ceramah beliau berlangsung.

Sesi Contributor & Workshop Day telah dilangsungkan pada hari berikutnya. Sesi ini adalah sesi dimana komuniti akan menyumbangkan semula pengetahuan mereka kepada projek WordPress. Sesi ini tidak memerlukan sebarang pengalaman untuk anda menyertainya tetapi ia mengharapkan komitmen anda untuk memastikan WordPress terus berkembang di dalam komuniti yang sedia ada. Di WordCamp Singapore, sesi ini menjalankan 2 sesi bengkel untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran mereka.

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter