Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

WordPress Meetup KL April 2017

Baru-baru ini WordPress Meetup Kuala Lumpur telah diadakan pada 29 April 2017 di MU DOT MY PLT, Subang Jaya. Kami mempunyai hampir 20 orang peserta menyertai perjumpaan pada bulan ini dari Argentina, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Antara yang menghadiri WordPress Meetup Kuala Lumpur pada tahun 2017 adalah pembangun WordPress tempatan, pereka, dan penerbit bersama-sama untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, dan untuk bertemu dengan pengguna WordPress di seluruh Malaysia dan luar negara. WordPress Meetup terbuka kepada semua yang suka WordPress dan dianjurkan secara percuma oleh sukarelawan.

Kami mempunyai 4 orang speaker menyampaikan beberapa topik yang menarik mengenai WordPress. Jurulatih kami, Sam Suresh dan pembangun program kami, Syahmi adalah antara penceramah dalam perjumpaan tersebut.

Sam Suresh berkongsi cerita WordPress dan menyampaikan topik kedua bertajuk “Penetapan WordPress anda pada Cloud” ianya mengenai cara untuk menyediakan WordPress pada Cloud.

Syahmi menyampaikan topik bertajuk “Bagaimana membuat WordPress Plugin” ianya mengenai cara untuk membuat plugin dengan menggunakan bahasa PHP.

Speaker ketiga, Rindy Portfolio menyampaikan topik bertajuk “Lima Perkara menarik WordPress ” ianya membincangkan beberapa perkara menarik berkaitan WordPress yang berlaku dalam dunia pada masa ini.

Speaker terakhir, Leonardo Losoviz dari Argentina berkongsi dan berbincang mengenai rangka kerja sumber terbuka yang bernama ‘the PoP framework’ untuk semua peserta.

WordPress Meetup sesuai untuk semua. Jika anda mahu untuk meneroka WordPress, menggunakannya sebagai Blog, CMS atau sebagai platform, anda sangat dialu-alukan untuk menyertainya.

Pada akhir WordPress Meetup Kuala Lumpur April 2017, semua peserta telah diilhamkan dan teruja dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pengguna WordPress yang lain.

Tempat untuk acara tersebut ditaja oleh MU DOT PLT dan minuman MY sebahagiannya ditaja oleh Reka MY.

Perjumpaan akan datang dijadualkan pada bulan Julai 2017. Jika anda ingin menaja acara ini secara percuma , sila hubungi kami sam@wp.org.my.

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter