Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Berita terkini

Tutorial & Blog terkini

Kursus akan datang

Joomla! Super Sprint London 2017

Pada 20 Januari 2017, Sam Suresh telah selamat tiba di lapangan Heathrow.  Beza waktu di antara Malaysia dan London adalah 8 jam dan perjalanan mengambil masa selama 14 jam.  Menurut beliau,  Kota London adalah sebuah kota yang indah dan terdapat banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi.

Sam Suresh telah berkongsi pengalaman beliau mengunjungi beberapa tempat menarik yang terdapat di Kota London.  Di London terdapat perkhidmatan hop on hop off bus (HOHO bus), di mana bas ini akan membawa penumpang melihat dan melawat tempat-tempat menarik di kota London.

Suhu di London

Peta Laluan HOHO bus.

Antara tempat-tempat menarik yang sempat beliau kunjungi adalah Menara London, Tower Bridge, Sungai Thames, Menara Big Ben, London Eye, Buckingham Palace, dan banyak lagi.  Sam juga sempat berkongsi beberapa keping gambar tempat-tempat yang dikunjungi oleh beliau.

Sepanjang Joomla! Super Sprint ini berlangsung, mereka telah membuat kemajuan besar di dalam pensijilan platform.  Antaranya ialah, Michael Snoeren telah menulis semula direktori pengguna pensijilan dengan lebih banyak ciri-ciri baru.  Selain itu, Enjin LMS dinaik taraf kepada versi terkini dan URL menulis semula kini aktif. Hosting short akaun PHP kini dinaik taraf kepada PHP 7 dan keserasian diuji pada kedua-dua Joomla! dan enjin LMS

 Dashboard pelajar untuk JLPS

Profil direktori bagi peserta yang telah diiktiraf dengan perkongsian sosial dan Profil URL adalah mesra SEF.

Dashboard status peperiksaan secara langsung untuk penyelia yang mengawasi peperiksaan.

.

Selain tenaga pengajar MU DOT MY PLT, Sam Suresh, Super Sprint ini juga telah disertai oleh Michael Snoeren dan Chris Keen dari Netherlands dan beberapa orang lagi ahli pasukannya. Kerjasama yang diberikan daripada setiap ahli pasukan telah memberi impak yang positif dan mencapai objektif yang diingini dengan jayanya.

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter