Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Kursus Microsoft Access Lanjutan – Kementerian Kesihatan Malaysia

Sekali lagi MU DOT MY PLT menjalankan Kursus Microsoft Access bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam.  Kursus ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari 29 November 2016 hingga 30 November 2016 dan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional kami, Sam Suresh.  Kursus ini  telah diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Antara topik-topik yang telah dipelajari oleh peserta adalah mencipta form, mencipta pangkalan data menggunakan wizard dan secara manual, mencipta form lanjutan & sub form dengan dependant fills, mencipta queries, mencipta laporan, queries lanjutan, wild cut queries & calculative queries dan banyak lagi.

Peserta-peserta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan penyediaan tempat latihan yang selesa juga telah memberi impak kepada peserta-peserta dalam menamatkan kursus dengan jayanya.

Mari lihat wajah gembira peserta-peserta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia !

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter