Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

MDEC Young Heroes Summit 2019

Seramai 10,00 belia dikumpulkan  untuk memperkasakan kemahiran dan pengetahuan dalam keusahawanan digital melalui Program eUsahawan Young Heroes yang merupakan inisiatif bersama oleh Menteri Belia & Sukan  dan Malaysia Economy Corporation (MDEC). Semua yang hadir memeriahkan program ini seronok mengikuti topik menarik yang dibincangkan.

Hampir 2,000 usahawan dari serata Malaysia telah berhimpun di Malaysia International Trade and Exhibition Center (MITEC) untuk meraikan kenaikkan pencapaian mereka sebagai usahawan muda yang berjaya pada tahun itu. 

eUsahawan Young Heroes Summit 2019                                                                                               eUsahawan MY / FACEBOOK

Young Heroes Summit 2019 menyediakan pelbagai peluang kepada usahawan-usahawan untuk menerokai, memahami, serta melibatkan diri dengan ekonomi digital. Ia merupakan platform yang baik untuk memperluaskan rangkaian antara satu sama lain, berjumpa dan belajar dari penganjur event iaitu Facebook serta mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi terkini dan trend digital untuk tahun 2020.

Barisan tetamu eUsahawan Young Heroes Summit 2019                                                                       eUsahawan MY / FACEBOOK

Kami berbesar hati kerana dapat terlibat dalam kalangan professional yang memberi pelbagai pengetahuan baharu untuk para usahawan. Event tersebut juga diselitkan bersama pengumuman buat kesemua usahawan yang hadirkan diri pada hari tersebut dimana mereka akan menerima access untuk platform video library dan editing yang baharu dan mudah digunakan. Platform tersebut disediakan secara percuma oleh MDEC buat masa yang terhad dalam Q1 2020.

Jemputan khas untuk MU DOT MY  daripada MDEC membuatkan kami amat teruja untuk menyertai event ini. Ia adalah pengalaman yang tidak dijangka dimana kami boleh belajar serta memahami fungsi dan faedah utama pendigitalan. Sehingga kini, program ini telah  malatih seramai 20,653 usahawan muda. Lebih mengujakan lagi, usahawan muda yang terlatih berjaya mencatatkan RM52 juta dalam penjanaan jualan.

Jadual eUsahawan Young Heroes Summit 2019                                                                       eUsahawan MY / FACEBOOK

Agenda Persidangan

Panel Sesi 1                           eUsahawan MY / FACEBOOK

“Pada dasarnya, program ini adalah untuk memperkasakan belia di seluruh negara dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan digital. Program dan inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh MDEC memberikan rakyat Malaysia wawasan yang tepat tentang bagaimana mereka dapat berkembang maju dalam ekonomi digital. Kami ingin memperkasakan rakyat Malaysia melalui inisiatif seperti event ini”, kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Usahawan Young Heroes Bootcamp, dilancarkan pada tahun 2019, direka khas untuk rakyat Malaysia terutama belia negara. Platform ini menyediakan kemajuan kemahiran pemasaran digital yang berterusan.

Panel Sesi 1                           eUsahawan MY / FACEBOOK

Persidangan Pagi

Keynote 1 oleh Dato’ Suriani Ahmad                                                                                                                           eUsahawan MY / FACEBOOK

“Kami sentiasa menyokong sebarang inisiatif yang menggalakkan penggunaan digital di kalangan usahawan mikro di Malaysia.  Program eUsahawan ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempercepatkan ekonomi digital. Inisiatif untuk bekerja dengan industri global telah membuka prospek yang penting dengan memperkenalkan kemahiran digital yang terdiri daripada pemasaran, penciptaan kandungan, dan penglibatan media sosial. Ini adalah untuk memastikan para usahawan muda diberikan kemahiran digital yang betul agar dapat memperluaskan pembangunan digital yang mampu membantu perniagaan tempatan ke tahap global, “kata Dato ‘Suriani Ahmad, Setiausaha Agung, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia.

Keynote 2 & Launching oleh YB Syed Saddiq                                                                                                             eUsahawan MY / FACEBOOK

“Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk membangunkan program komprehensif yang mempercepat inovasi, meningkatkan kemahiran bakat, dan mengasah potensi kemahiran belia. Inisiatif ini adalah salah satu platform utama yang kami tumpukan,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Sharing Session 3 oleh Nicole Tan                                                                                                                           eUsahawan MY / FACEBOOK

“Kami menyedari bahawa SMEs adalah tulang belakang ekonomi negara dan kami komited untuk menyokong inisiatif seperti  eUsahawan Young Heroes dalam membantu pertumbuhan SMEs dan menyumbang kepada ekonomi digital negara,” kata Nicole Tan, Pengarah Facebook Malaysia. “Hari ini, kami gembira untuk bersama-sama meraikan kejayaan para usahawan muda yang dihasilkan melalui program ini. Kami akan terus melabur dalam inisiatif yang akan membantu SMEs membina kemahiran digital, menggalakkan penggunaan digital, dan meningkatkan pendidikan kepada lebih banyak perniagaan, ” tambahnya lagi.

Penggunaan chat atau messaging untuk penjualan dan pembelian barang adalah perkara biasa berlaku di Asia Selatan. Trend ini, yang dikenali sebagai Conversational Commerce (CC) adalah tingkah laku pengguna dengan dua faktor. Pertama, ia melibatkan pengaruh perbualan – proses perbualan dalam talian dengan penjual untuk membeli atau post-sale. Selepas itu, ia membawa kepada Conversational Transaction – proses di mana pembeli mengesahkan pesanan akhir melalui aplikasi sosial atau di sistem chat di dalam laman web eCommerce.

Persidangan Petang

Facebook telah melancarkan kempen online – Commerce In The Era of Conversation untuk membantu perniagaan mengenali pelanggan di Asia Tenggara.  Ini adalah satu lagi langkah dari Facebook untuk perniagaan berinteraksi dengan pengguna dengan lebih baik dan berkesan.

Dengan dilengkapi kemahiran serta pengetahuan dalam keusahawanan digital, usahawan-usahawan ini adalah selangkah kehadapan untuk meraih kenaikkan sales yang bertambah dengan cara mulakan langkah ke dalam dunia jualan online.

Previous slide
Next slide

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter