Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Sam Suresh menerima anugerah JET 2016 ke Barcelona, Sepanyol Mei ini

JET-Logo-small

Tenaga pengajar kami, Sam telah terpilih untuk menerima anugerah JET daripada Joomla! untuk menghadiri sesi persidangan antarabangsa J and Beyond 2016 (JAB 2016) pada 20 - 22 Mei di Barcelona, Sepanyol. Beliau merupakan pertama dari Malaysia dan satu-satunya dari Asia untuk menerima anugerah ini untuk tahun ini.

Sam terpilih kerana sumbangannya terhadap komuniti Joomla!. Selain beliau terdapat 8 orang ahli daripada seluruh dunia juga turut terpilih menghadiri program berkenaan. Antaranya adalah dari Uganda, Ukraine, Italy, Portugal, USA , Brazil, Argentina dan Kenya.Kesemua ahli yang terpilih akan menerima tajaan dari sudut tiket penerbangan,perjalanan dan juga penginapan seperti yang dipersetujui bersama penganjur.

Sam berkhidmat dalam Joomla! sejak 2009 dan menjadi ketua unit platform pensijilan Joomla! sejak tahun 2014.

Program JET adalah salah satu inisiatif yang diwujudkan bagi meyokong ahli sukarelawan yang aktif dan juga ahli komuniti yang banyak menyumbang tenaga dan masa untuk menjadikan Joomla lebih baik .

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter