Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Berita terkini

Tutorial & Blog terkini

Kursus akan datang

WordCamp Europe 2019 di Berlin

featured image wceu 2019

WordCamp Europe telah memecah rekod sebagai konferensi WordPress terbesar di dunia. WordCamp Europe telah diadakan di Berlin, Jerman dari 20 hingga 22 Jun 2019 dan berjaya mengumpulkan seramai 2,743 orang pengguna WordPress daripada 97 negara.

attendees wceu 2019 berlin
Peserta di WordCamp Europe 2019

Ramai penaja dan penyumbang membantu dalam memastikan acara ini berjalan lancar. Menurut statistik, WordCamp Europe 2019 telah menarik lebih daripada 1.5 ribu pengunjung yang pertama kali menyertai WordCamp Europe dan sejumlah 210 penaja menyertai acara tahunan ini.

Sebanyak 3,260 tiket dijual hanya dalam tempoh beberapa minggu dan masih ramai lagi yang berminat untuk menghadiri WordCamp Europe. Jadi, sebagai alternatif untuk mereka yang ingin menghadiri WordCamp Europe 2019, mereka perlu mencari #WCEUTickets di seluruh saluran media sosial jika ada pemegang tiket yang ingin menjual tiket tersebut.

Terdapat 2,734 peserta memenuhi Estrel Hotel and Congress Center. WordCamp Europe turut menyediakan khidmat sukarelawan WCEU, yang memakai kemeja-t merah jambu terang, untuk membantu para peserta dari mula WCEU hingga akhir. Selain menyediakan khidmat sukarelawan, para peserta juga boleh datang ke Meja Maklumat untuk dapatkan pertolongan dan keterangan lanjut bagi sebarang pertanyaan, maklumat dan kehilangan barang semasa di WordCamp Europe. 

Hari Pertama: Hari Penyumbang

team-table-balloon-wceu-2019
Warna belon berbeza mengikut kategori kumpulan WordPress

WordCamp Europe 2019 bermula dengan Hari Penyumbang pada 20 Jun 2019 di Estrel Hotel, Berlin. Lebih daripada 500 orang peserta, yang diketuai oleh 37 orang peserta berpengalaman dan dibantu oleh pasukan penganjur serta sukarelawan. Daripada 500 orang peserta, seramai 169 orang yang pertama kali menyertai Hari Penyumbang.

Semasa Hari Penyumbang, pengguna WordPress dapat bekerjasama dengan pengguna WordPress baru dan sedia ada, menyumbang kepada WordPress dan belajar tentang pelbagai cara untuk terlibat dalam projek WordPress. 

Terdapat 25 kategori kumpulan WordPress; Aksesibiliti, Komuniti, PHP, JavaScript, Reka Bentuk, Hosting, Pemasaran, Telefon Mudah Alih, Sokongan, Latihan dan banyak lagi untuk sesiapa sahaja yang ingin terlibat dengan WordPress. Mereka berbincang dan gunakan kemahiran untuk menambahbaik platform WordPress selain menyelesaikan tugas praktikal yang diberikan. Hari Penyumbang ini menarik ramai orang dari latar belakang berbeza untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman WordPress mereka. 

Hari Kedua: Hari Konferensi

schedule-wceu-2019-02
Jadual Hari Konferensi
venue-map-wceu-2019
Peta lokasi

Jadual Hari Konferensi dipenuhi dengan 39 topik konferensi yang disampaikan oleh pakar WordPress termasuk Pengasas WordPress, pakar SEO, pengguna platform sumber terbuka, blogger, pemilik perniagaan dan CEO. Selain konferensi, terdapat 15 bengkel yang dijalankan semasa Hari Konferensi.

Sam on stage at WordCamp Europe 2019
Tenaga pengajar utama kami, Sam Suresh, di pentas Berlin
wceu-2019-global-lead
Pemimpin Global WordCamp Europe 2019, Milan Ivanovic
conference track 3 wceu 2019
Antara sesi konferensi di WCEU 2019
wceu 2019 workshop
Peserta menyertai bengkel WCEU 2019

Sepanjang dua hari konferensi, tajuk setiap pembentangan telah dibahagikan kepada beberapa kategori; kandungan, pembangunan, reka bentuk, perniagaan dan komuniti yang dihoskan di tempat yang berbeza. Peserta perlu memilih tajuk konferensi yang sesuai, mengikut fokus mereka. Setiap peserta yang hadir memberi perhatian sepenuhnya dan mencatat kandungan penting dalam pembentangan yang dikongsi supaya dapat membantu mereka dalam menggunakan WordPress. 

Pengasas WordPress: Matt Mullenweg

Pengasas WordPress, Matt Mullenweg turut menghadiri WordCamp Europe di Berlin untuk memberi penerangan tentang pengemaskinian terkini editor blok. Beliau merupakan penyumbang utama dalam plugin Gutenberg. Beliau berjaya menghasilkan plugin Gutenberg dengan ciri pengeditan dan pengujian yang pantas. Lebih daripada 150,000 siaran telah diterbitkan setiap hari menggunakan editor blok dan Mullenweg berkata, “Perjanjian untuk  pembangunan jangka masa panjang”, dimana kumpulan plugin Gutenberg dapat menggunakan peluang ini untuk mengatasi masalah dalam plugin Gutenberg dan menghasilkan sebuah plugin yang mudah digunakan untuk sejumlah besar pengguna.

Baca lebih lanjut tentang penerangan daripada Matt Mullenweg..

Hari Ketiga: Hari Konferensi & Parti

Hari Konferensi diakhiri dengan sebuah parti bagi menyambut kejayaan WordCamp Europe. Parti ini bertemakan “Kembali ke 80-an“. WordCamp Europe 2019 mencadangkan beberapa kedai untuk peserta menyewa kostum 80-an, menggayakan rambut dan mencari aksesori yang dipakai pada zaman 80-an. Pelanggan dan ahli komuniti WordPress serta pasukan enjin WordPress berkumpul di parti ini dengan gaya rambut, pakaian dan aksesori mereka, sesuai dengan tema “Kembali ke 80-an”.  

Tema “Kembali ke 80-an” ini telah membawa peserta untuk  mengingati sejarah di mana Pengasas Bersama WordPress, Mike Little menulis kod sumber terbuka pertama; Pengasas WordPress, Matt Mullenweg lahir pada tahun 1984 dan ramai penganjur WordCamp Eropah yang lahir pada tahun 80-an, termasuk Pemimpin Global, Milan Ivanovic dan Ketua Pemimpin, Bernhard Kau!

Ramai pengguna WordPress berkumpul dan mengenal antara satu sama lain dalam parti tersebut. Semasa parti, para hadirin diberi ruang untuk  bertemu dan bersuai kenal dengan pelbagai latar belakang pengguna WordPress dan keluar dari zon formal.

Kami berharap untuk berjumpa dengan lebih ramai pengguna WordPress Malaysia dalam WordCamp dan WordPress Meetup yang akan datang, sama ada dalam negara atau luar negara. Jika anda berminat untuk mula menggunakan WordPress, anda boleh sertai Kursus WordPress Professional​ dan belajar dengan tenaga pengajar utama kami yang sangat berpengalaman dalam WordPress. Beliau telah menghadiri banyak acara WordPress di peringkat tempatan dan juga antarabangsa, sebagai penaja dan juga pembentang.

Rasai suasana WCEU 2019

WCEU seterusnya di Porto!

WordCamp Europe telah mendapat destinasi baru! Untuk edisi kelapan ini, WCEU akan berlangsung di Porto, Portugal pada 4-6 Jun 2020. Semua acara, termasuk Hari Penyumbang, dua Hari Konferensi dan Parti, akan berlangsung di Porto. Klik untuk maklumat lanjut.

Belajar cara membina laman web menggunakan WordPress

Daftar Kursus WordPress Professional​ dan jimat RM80 dengan kod kupon WORD. Sah sehingga 31 Dis 2019.

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter