Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Berita terkini

Tutorial & Blog terkini

Kursus akan datang

Modenisasi Sesi Pembelajaran

eLearning

Penularan COVID-19 telah membuatkan ramai orang untuk menjadi lebih kreatif dalam mengejar semangat mereka untuk belajar di samping menjaga penjarakan sosial. eLearning adalah proses pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran pengetahuan dan merupakan penyelesaian yang efektif dan terbaik untuk digunakan ketika penularan pandemik ini terus berlaku.

Pada zaman ini, bilik darjah tidak lagi berfungsi seperti dulu dan tidak lagi relevan untuk berada di tempat yang anda mahukan. Oleh itu, semakin ramai orang memilih untuk berhubung secara online dengan menggunakan alat komunikasi seperti Zoom, Slack, dan Skype untuk melaksanakan tugas harian mereka dari dimana sahaja mereka berada.

Khususnya, lokasi pembelajaran bukan lagi isu utama malah unsur-unsur seperti jika wujudnya guru yang bertauliah, pelajar yang berdedikasi, dan bahan pengajaran yang komprehensif adalah jaminan untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang komprehensif dan berkesan.

Kelebihan eLearning

Mengikut kajian dari pakar institusi pelajaran, terdapat beberapa sebab mengapa pelajar mendapati platform eLearning menjadi lebih menarik:

eLearning
Imej: Unsplash

1. Fleksibiliti

Pembelajaran secara online membolehkan pelajar belajar pada bila- bila masa dan di mana sahaja mereka mahukan. Ini membolehkan mereka untuk membahagikan keseimbangan dari kerja dan rutin kehidupan. eLearning membolehkan pelajar mengakses sumber latihan 24/7 dari sebarang jenis peranti elektronik. Hanya dengan satu klik, mampu memgubah teknik pembelajaran anda.

2. Keberkesanan

Kalau pembelajaran di dalam bilik darjah, pelajar hanya perlu belajar dalam satu kumpulan jadi penyertaan pelajar dalam aktiviti kelas hanyalah terhad dan minimum. Manakala, dengan menggunakan platform eLearning dapat menawarkan lebih akses kepada senario, aktiviti dan penilaian yang berasaskan realiti, yang membolehkan pelajar mencerna maklumat dengan lebih berkesan.

3. Kemampuan

Isu kewangan boleh menjadi salah satu faktor untuk meneruskan pendidikan atau sebaliknya. Ini kerana, kos untuk pendidikan itu sendiri mampu mencapai ribuan ringgit bergantung kepada subjek dan material pembelajaran. Oleh itu, eLearning adalah pilihan yang lebih berpatutan yang perlu dipertimbangkan oleh para pelajar kerana kos pembelajarannya jauh lebih murah dan berpatutan.

4. Jimat Masa

Untuk keselesaan, pelajar juga boleh memilih untuk belajar di rumah mereka jika mereka mahukan. Mereka juga boleh menjadi lebih selektif apabila memilih kursus,dan menggunakan kebebasan masa yang disediakan oleh eLearning. Ini membolehkan mereka memberi tumpuan yang khusus kepada topik yang berkaitan dengan mereka, seterusnya menjamin pengalaman akademik yang menyenangkan tanpa tekanan kursus elektif.

eLearning
Imej: Unsplash

ModernLMS: Revolusi eLearning

Kami menawarkan pengalaman LMS yang fully customized hanya untuk syarikat atau organisasi anda. Perkhidmatan kami dilabelkan sepenuhnya dimana pemilikan 100% hak milik anda. Anda juga akan dijamin sokongan yang berterusan pada kadar yang sangat menarik.

Dengan lebih daripada 12 tahun pengalaman dalam eLearning, platform kami menawarkan persekitaran pembelajaran yang kolaboratif serta dapat memperkasakan pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah menyediakan “interface” yang mesra pengguna dengan ciri-ciri “drag-and-drop” dan sumber berstruktur, serta peningkatan yang berterusan untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan mudah dan berkesan.

ModernLMS

Mengapakah ModernLMS adalah Platform Pembangunan e-Learning Yang Terbaik untuk Organisasi Anda?

1. Mengurangkan kos latihan: eLearning

Pembelajaran secara online adalah sesuai untuk sesiapa yang memerlukan kaedah latihan yang kos efektif dan fleksibel. Di samping itu, ModernLMS membantu untuk mengurangkan kos-kos lain untuk pengajar contohnya kos perjalanan dan penginapan.

2.  Kemas kini latihan yang cepat dan mudah

Dengan menggunakan ModernLMS anda dapat mengemaskini informasi dan sebarang update yang penting juga boleh dibuat dengan segera melalui platform ModernLMS.

3. Meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja

Platform ini menawarkan latihan dalam pembelajaran online dalam bentuk video, imej, dan audio yang membolehkan para pengguna tetap bermotivasi. Ini membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang immersive dan berkesan.

4. Kadar perolehan yang dikurangkan

Dengan menggunakan ModernLMS untuk meningkatkan kemahiran pekerja anda, anda akan membantu mereka mencapai pelbagai tujuan seperti meningkatkan motivasi dan menanamkan keyakinan diri yang lebih tinggi dalam diri mereka.

Siapa yang Menggunakan ModernLMS?

ModernLMS menawarkan perkhidmatan kepada semua sektor organisasi termasuk syarikat besar, institusi awam,dan juga pusat tuisyen. Kami cuba sebaik yang mungkin untuk mendengar apa yang diperlukan oleh pelanggan dan juga memastikan keperluan mereka juga dilaksanakan. Team ModernLMS komited untuk memberikan nilai yang tinggi dan mempunyai keinginan yang tulen untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan pelanggan kami. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai portfolio pelanggan kami, lihat laman web kami.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ModernLMS ini atau ingin meminta demo, sila hubungi kami.

Kongsi artikel ini:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter