Custom Dashboard di Google Analytics Menggunakan Solutions Gallery!

Google Analytics adalah platform yang mengumpulkan data mengenai laman web anda. Anda pening dengan data yang terlalu banyak di Google Analytics? 

Custom Dashboard adalah untuk anda yang inginkan data yang lebih teratur mengikut susunan pilihan anda di Google Analytics. Mari mendalami cara-cara untuk menggunakan Custom Dashboard yang akan memudahkan anda untuk memahami apa yang berlaku di laman web anda.

Pertama sekali, log masuk akaun Analytics anda di http://analytics.google.com
Tekan  >

Tekan dan anda akan mempunyai 3 pilihan iaitu ‘Blank Canvas’, ‘Starter Dashboard’ dan ‘Import from Gallery’ seperti ini:

Bagi anda yang baru belajar menggunakan Google Analytics, kami sarankan anda untuk menggunakan

Anda akan berada di page ini setelah menekan ‘Import from Gallery’:

Cari kategori yang anda mahukan di ruang atas, kiri.

 

Page tersebut mengandungi dashboard pre-made di Google Community berdasarkan carian anda. Setelah memilih dashboard yang sesuai, tekan

Di page ini, sila pilih view anda  then click

Dashboard anda telah siap! Sekarang anda boleh mula mengubahsuai dashboard mengikut kehendak anda.

Anda boleh drag dan drop widget mengikut susunan yang anda inginkan.

Jika anda inginkan widget tambahan, anda boleh tekan  
Set widget yang anda inginkan dan tekan

Widget baru anda akan muncul di bawah widget yang lain di page ini.

Anda boleh menekan button yang ada di atas setiap widget jika ingin reset atau delete widget tersebut. Tekanuntuk reset danuntuk delete widget anda.

Secara keseluruhan, penggunaan dashboard Google Analytics adalah mudah dan akan memudahkan segalanya untuk anda. Akses kepada data penting di dalam Google Analytics hanyalah dalam sekelip mata sahaja. Sekiranya anda sedia untuk menggunakan dashboard Google Analytics, anda boleh memilih mana-mana dashboard yang ada secara percuma di seluruh web tanpa membuang masa menghasilkannya dari awal.

RUJUKAN PANTAS:

Ikuti langkah-langkah ini untuk mengubahsuai dashboard anda:

  1. Tekan   
  2. Tekan 
  3. Tekan 
  4. untuk mendapatkan dashboard yang sedia ada.
  5. Cari kategori yang anda mahukan:
  6. Pilih dashboard yang sesuai. Seterusnya tekan
  7. Pilih view anda:  
  8. Create dashboard anda:
  9. Anda kini sedia untuk mengubahsuai dashboard anda!
  10. Drag dan drop widget anda untuk susun kedudukan widget.
  11. Tekan jika anda mahukan widget tambahan.
  12. Tekan untuk reset dan untuk delete widget anda.

HOT TIPS

  1. Gunakan solution gallery. Mula kesemuanya dari awal hanyalah membuang masa! 
  2. Copy dashboard yang anda hasilkan jika anda ingin gunakan ia untuk profile Google Analytics anda yang lain.
  3. Anda boleh menghasilkan widget yang lebih kurang sama dengan cara clone widget anda di mana ia berfungsi untuk kekalkan settings yang anda telah buat.

Tip Advanced Menggunakan Microsoft Excel

Kenapa anda perlu menggunakan tip-tip ini?

Kebanyakan dari kalangan kita mesti mahir menggunakan Microsoft Excel. Paling kurang pun mesti ramai yang tahu fungsi dan formula asas dalam Microsoft Excel, kan. Tapi, apa anda rasa kalau saya bagi tahu yang banyak lagi tips yang boleh digunakan dalam perisian ini, yang mungkin kita tak pernah tahu pun boleh digunakan, mungkin tak pernah dengar pun fungsi ni wujud. Jangan risau. Di sini, saya akan memberikan beberapa tips yang sangat berguna apabila menggunakan Microsoft Excel.

1. Beralih ke cell terakhir dalam baris atau lajur sekelip mata

Jika anda berada di data paling awal, dan anda ingin beralih ke data terakhir dalam sekelip mata, tekan data pertama, kemudian tekan 2 kali pada garisan /border bahagian bawah cell itu untuk beralih ke data terakhir dalam baris, atau tekan garisan /border pada sebelah kanan untuk beralih ke data terakhir dalam lajur itu.

Beralih ke cell terakhir dalam baris
Beralih ke cell terakhir dalam lajur

Tip Bonus:

Anda boleh menekan 2 kali pada arah berlawanan untuk beralih ke cell terawal.

2. Membuang penduaan data/ data yang sama

Anda boleh membuang pendua/ data yang sama dengan mengikuti langkah-langkah tersebut.

  • Pertama sekali, pilih cell dan data yang anda ingin membuang penduaan.
  • Kemudian, pergi ke ribbon- terletak di ruang atas perisian, cari Data→Remove Duplicates.
  • Pilih header untuk ruang data yang anda ingin membuang penduaan data.
  • Satu mesej akan keluar jika pembuangan berjaya, dan anda sudah siap membuang data yang sama yang sedia ada.

3. Memilih cell dalam jumlah yang banyak dan isi data yang sama

Jika anda ingin mengisi cell-cell kosong dengan data yang sama, ikut langkah di bawah.

  • Mula-mula, tekan butang Ctrl dan pilih cell yang anda ingin masukkan data.
  • Kemudian, isikan data anda dan tekan Ctrl+Enter.

4. Autofill cell anda mengikut corak data yang telah ada

Jika anda ingin mengisi cell anda dengan data yang berterusan, seperti masa, tarikh dan bulan, ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan untuk memudahkan kerja anda.

  • Pertama sekali, isi cell pertama dengan jenis data yang anda inginkan, contohnya tarikh, dan pilih cell itu.
  • Kemudian, alih dan tekan fill handle – terletak di bucu kanan bahagian bawah cell, dan tarik samada ke tepi untuk mengisi lajur, atau ke bawah untuk mengisi baris, dan tarik sehingga ke cell terakhir data anda.

5.Transpose data di antara bentuk baris atau lajur

Transpose memudahkan anda memanipulasi data dari bentuk lajur kepada baris dan sebaliknya.

  • Pertama sekali, anda perlu pilih dan copy data yang anda ingin Transpose.
  • Kemudian, pilih mana-mana cell kosong yang anda ingin data itu dipaparkan, pergi ke ribbon Home, dan pilih anak panah bawah pilihan Paste.

Beberapa pilihan akan diberikan. Gerakkan cursor anda ke bawah sekali dan tekan Paste Special.

  • Selepas itu, ada pop up yang akan keluar. Pilih Transpose dan tekan OK.

Selepas anda tekan OK, data anda akan dipaparkan dalam bentuk berlawanan dengan sebelumnya.

6. Muatkan ayat dalam cell menggunakan Wrap

Wrap memudahkan anda memuatkan ayat yang panjang ke dalam satu cell tanpa anda perlu mengubah cell itu. Untuk melakukan Warp, tekan data anda, kemudian tekan butang Alt + Enter atau pergi ke Home→Wrap Text dan tekan butang Wrap Text.

7. Flash fill

Flash fill ialah salah satu kaedah berkesan untuk mengurus data yang banyak mengikut nilai baris di sebelahnya.

  • Mula-mula, isi cell pertama dengan data yang bersesuaian.
  • Kemudian, pergi ke cell seterusnya dan tekan Ctrl + E.
  • Setelah anda tekan Ctrl+E, Microsoft Excel akan mengisi cell kosong secara automatik dengan data yang sesuai mengikut data dari cell sebelumnya. Contohnya, dalam gambar ini, data yang diisi adalah bulan berdasarkan tarikh yang telah diberikan.

Nota Penting!

Flash Fill hanya boleh digunakan pada data dalam baris.

8. Clipboard

Untuk mengakses clipboard di dalam Excel, pergi ke ruang Home di bahagian atas perisian, cari clipboard, dan tekan butang di sebelahnya . Clipboard akan muncul di sebelah kiri spreadsheet anda.

Apa kegunaan Clipboard?

Apabila anda copy data dalam Microsoft Excel, data atau nilai yang anda copy akan disimpan di dalam clipboard, memudahkan anda untuk copy data itu berulang kali tanpa perlu pergi ke cell yang ada data itu. Clipboard juga membolehkan anda untuk copy lebih daripada satu data. Bila anda ingin copy data anda, copy sahaja dari clipboard.

9. Menukar nombor kepada nilai matawang

Ingin tukar nombor yang anda ada kepada nilai matawang? Pergi ke ruang Number di bawah Home dan tekan butang .
.

Tips Bonus:

Kaedah ini boleh digunakan untuk hampir semua nilai wang yang ada.

10. Menyusun data

Sort tool membenarkan anda menyusun data mentah atau raw data anda kepada susunan menaik atau menurun. 

  • Mula-mula, pilih data yang anda ingin susun.
  • Pergi ke ribbon Data, ruang Sort & Filter, dan tekan butang untuk turutan menaik.
  • Untuk turutan menurun pula, tekan butang dan data anda akan disusun dalam susunan menurun.

Hati-hati!

Apabila menggunakan sort untuk susun data, ada kalanya data di baris sebelahnya akan berubah sekali. Satu checkbox, seperti di atas akan keluar jika data yang anda pilih bersambung dengan data lain.

11. Gantikan pelbagai data yang sama sekaligus

Apabila mengurus data yang banyak dan sering berubah, seperti data beberapa umur individu, mesti bosan apabila perlu menukar data itu, satu per satu. Jika anda ingin kaedah yang mudah. anda tak akan menyesal datang ke sini. Ianya sangat mudah untuk tukar data yang banyak sekaligus sebenarnya.

  • Pergi ke Home Tab ➜ Editing ➜ Find & Replace ➜ Replace.
  • A window will pop up. Input the words you want to replace on the first box, and on the next box, type the words that replacing it, then press   to replace all the value in the spreadsheet or to replace only one value.

Bonus Tips!

You can use the button  to find all the value mentioned written to be replaced. You can also use the button to find the value by order, from the first to the last.

12. Membuang semua cell yang terdapat kesilapan

Membuang banyak cell yang terdapat kesilapan boleh dilakukan dengan mengikut langkah di bawah.

  • Pergi ke Home Tab ➜ Editing ➜ Find & Replace ➜ Go To Special.
  • Pilih Formula ➜ Errors dan tekan ok.

13. Guna Macro untuk memformat data secara automatik.

Macro adalah salah satu tip advanced yang digunakan oleh pengguna untuk mengurus data, seperti data kewangan, yang diterima setiap minggu. Macro membantu mengurangkan beban kerja anda. Dan untuk pengetahuan anda, satu Macroringkas tidak susah untuk dihasilkan sebenarnya. Anda boleh mula menghasilkan Macroanda mengikut langkah-langkah yang diberikan.

  • Pergi ke File ➜ Options ➜ Customize Ribbons dan pada sebelah kanan pop up, pilih Developer.
  • Kemudian, pergi ke ribbon Developer dan pilih Record Macro. Satu pop up akan keluar dan meminta anda isi nama Macro. Tekan OK dan mula hasilkan prosedur untuk Macro anda.
  • Setelah anda siap hasilkan Macro anda, dan bersedia untuk save Macro itu, tekan Stop Recording.
  • Apabila anda ingin menggunakan Macro itu, pergi ke ke ribbon Developer dan pilih Macro.

Tip Bonus!

Anda juga boleh record Macro anda dengan menekan butang yang terletak di bucu bawah kiri, sebelah perkataan Ready.

14. Menetapkan lajur dan baris sebagai panduan spreadsheet

Kadang kala, anda perlu guna panduan untuk isi data anda ke dalam cell yang betul, biasanya menggunakan header, apabila anda scroll ke bawah. Anda boleh tetapkan panduan ini menggunakan langkah berikut.

  • Pilih header yang anda ingin jadikan panduan, samada lajur atau baris.
  • Kemudian, pergi ke View ➜ Freeze Panes dan pilih Freeze Panes.

15. Menggunakan Format Painter

Format Painter sangat berguna jika anda ingin menggunakan format dari table yang sedia ada untuk diimplimentasikan pada table yang baru.

  • Mula-mula, anda perlu pilih satu table yang lengkap untuk dijadikan format table baru itu.
  • Kemudian, pergi ke Home dan tekan butang   sebelah pilihan Paste.
  • Apabila anda telah pilih Format Painter, cursor anda akan menjadi seperti ini . Ketika cursor anda dalam bentuk ini, pilih set data yang anda ingin tukar ke dalam format yang telah ditetapkan.
  • Selepas anda telah pilih data, anda hanya perlu tunggu Excel untuk memproses dan menetapkan format, dan data anda akan dipaparkan dalam format itu.

16. Menetapkan cell message untuk cell anda

Apabila berkolaborasi dengan orang lain dalam projek tertentu, kadang-kadang anda mahu pengguna lain mengelakkan melakukan perubahan pada cell yang telah anda buat. Untuk ini, anda mungkin ingin menggunakan cell message yang akan muncul ketika seseorang klik pada cell dan memaparkan mesej yang ditulis di atasnya.

  • Pilih cell atau data yang anda ingin paparkan mesej itu.
  • Pergi ke Data ➜ Data Tools dan tekan ikon Data Validation terletak di bucu bawah kanan sebelah Text to Columns.
  • Masukkan mesej yang anda ingin paparkan ke dalam Input message box dan setelah selesai, tekan OK.
  • Apabila mesej anda siap ditetapkan, mesej anda akan dipaparkan seperti di dalam imej di atas.

Conclusions

Demikian adalah sebahagian daripada tips yang anda boleh gunakan dalam Microsoft Excel. Terima kasih kerana melawat ruang tutorial ini. Anda ingin tahu tips yang lain? Lawatilah laman web kami di mu.my dan daftar untuk kursus Microsoft Excel Advanced untuk dapatkan lebih banyak tips dan pengetahuan yang berguna. Kami juga menyediakan pelbagai fungsi dan formula berguna di dalam kursus latihan kami.

Post lain yang mungkin anda berminat untuk baca

Apakah itu PivotTable?

PivotTable merupakan salah satu ciri yang paling hebat di dalam Excel. Ia akan menjimatkan anda  banyak masa untuk meringkaskan set data yang besar dan terperinci menjadi satu

Read More »

Malaysia Website Awards (MWA) 2019

Malaysia Website Awards (MWA) 2019 ialah satu program Anugerah Laman Web berprestij yang dianjurkan oleh Exabytes Group of Companies, sebuah syarikat Penyedia Web Hosting Utama di Asia Tenggara. Program ini bertujuan mencari dan memberi penghargaan untuk prestasi, bakat dan usaha yang cemerlang dari pemaju web, pereka web dan agensi web terbaik di negara ini. Malaysia Website Award (MWA) 2019 ini telah diadakan pada 13 Feb 2020, bertempat di Colony Star Boulevard KLCC.

Piala Dan Venue MWA 2019   / FB

Teman Pakaian Rasmi Malaysia Website Awards (MWA) 2019 - STARTUPTSHIRT

Teman Pakaian Rasmi MWA  / FB

Anugerah yang disampaikan pada MWA 2019 merangkumi tiga anugerah iaitu Anugerah Site Of The Month, Anugerah Site Of The Year dan Favourite Website Awards. Pemenang bagi Anugerah Site Of The Month dan Anugerah Site Of The Year dipilih berdasarkan keputusan panel juri, berbeza dengan Anugerah Favourite Website yang pemenangnya ditentukan majoritinya berdasarkan undian awam. Bagi setiap anugerah ini, peserta yang menyertai dan bertanding  ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori, antaranya kategori Komersial, Peribadi dan E-Commerce.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia Website Awards (MWA) 2019 ini tertumpu kepada penganugerahan Anugerah Site Of The Month dan Site Of The Year, piala dan sijil kepada semua pemenang.

Sam Suresh Sebagai Salah Seorang Panel Juri MWA

Apabila sebut sahaja tentang pertandingan, juri memainkan peranan yang sangat penting dalam menggunakan kepakaran mereka menilai secara teliti dan adil, usaha dan hasil kerja mereka berdasarkan rubrik dan panduan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Dan disebabkan ini juga, panel juri telah dipilih dari beberapa pakar industri, profesional dan veteran yang sangat dihormati untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai, selain untuk mendapatkan keputusan yang munasabah dan tepat serta boleh diterima oleh orang ramai sepanjang anugerah ini berlangsung. Untuk pengetahuan anda, Sam Suresh dari MU DOT MY ialah salah seorang juri untuk MWA 2019.

Malaysia Website Awards 2019
Sam Suresh - MU DOT MY PLT

Kehadiran tokoh-tokoh yang sangat disegani sebagai panel juri yang menentukan pemenang, dan ditambah pula program anugerah ini yang diadakan hanya sekali setahun, tidak hairanlah jika saingan untuk anugerah ini sangat sengit, dengan setiap peserta bertanding mewakili laman web mereka dengan harapan untuk membawa pulang anugerah utama, iaitu Anugerah Site Of The Year.

Setelah apa yang telah disampaikan, kini tiba masa untuk menyenaraikan pemenang Anugerah Site Of The Year 2019 bagi setiap kategori.

Pemenang Malaysia Website Awards 2019 Bagi Anugerah Site Of The Year

Bike Bear – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori komersial.

Malaysia Website Awards 2019
Bike Bear telah membuat laman web yang hebat, yang melayakkan mereka menerima anugerah Site Of The Year untuk kategori Komersial.

Karuna Sarawak – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori peribadi.

Malaysia Website Awards 2019
Laman web yang dicipta oleh Karuna Sarawak yang dinilai dan menjaringkan markah tinggi oleh para hakim telah melayakkan mereka menerima anugerah bagi kategori Peribadi.

Multimedia Art Workshop Sdn Bhd – Pemenang Anugerah Site Of The Year bagi kategori E-Commerce.

Malaysia Website Awards 2019
Laman web yang dihasilkan oleh Multimedia Art Workshop melayakkan mereka menerima anuger Site Of The Year bagi kategori E-Commerce.
Pemenang Malaysia Website Awards 2019
Malaysia Website Awards 2019 / FB

Selain Anugerah Laman Web Terbaik Tahunan, terdapat puluhan pemenang Anugerah Laman Web Terbaik Bulanan, hadir dan menerima anugerah mereka. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Malaysia Website Awards 2019 dan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menang, jangan risau, kerana penyertaan untuk anugerah seterusnya sudah berlangsung.

Read more

Recap Persidangan Google Webmaster

webmaster google conference stacie chan

Webmaster Conference Kuala Lumpur dianjurkan oleh Google pada 2 Ogos 2019. Ini adalah Persidangan Google Webmaster pertama yang diadakan di Kuala Lumpur. Acara ini menumpukan kepada prestasi laman web di Google Search. Acara ini dihoskan oleh pasukan Google Search, selain dihadiri oleh pemilik laman web, pemasar digital, pemaju laman web dan pakar SEO.

Perkongsian

Googlers dan pakar industri berkongsi banyak amalan terbaik SEO, persepsi pembetulan pada penggunaan SEO tulen, memperluas pandangan tentang bagaimana mencapai kecemerlangan dalam dunia carian organik ini!

Dari persidangan ini, para peserta diberikan maklumat terkini mengenai Carian Google, mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai amalan terbaik pengoptimuman tapak web, dan mempelajari bagaimana mereka boleh meningkatkan prestasi laman web mereka dalam Carian dari pakar industri dan pasukan Carian Google.

Banyak aktiviti dijalankan sepanjang sesi perbincangan. Ceramah itu bermula dengan sambungan kenalan dan bangunan komuniti, di mana peserta perlu merekrut 10 kawan baru untuk menebus swag mereka dari Google!

Terdapat juga sesi kuiz mengenai ceramah yang telah diberikan. Peserta dengan jawapan yang paling betul mendapat thermo flask Google edisi terhad.

Perbincangan Panel

Selain perkongsian panel, terdapat juga perbincangan panel antara pakar Googler dan pakar industri yang berjalan dengan sangat interaktif. Topik dibincangkan berdasarkan membangunkan laman web yang hebat dan meningkatkan prestasi laman web dalam Carian Google.

Persidangan Webmaster Google juga menyediakan peserta dengan beberapa barang yang menarik! Terdapat topi, totebag, set alat makan dan thermo flask edisi terhad.

Terdapat lebih daripada 200 slide yang ditangkap semasa acara tersebut. Jangan ragu-ragu untuk membaca kandungan topik Persidangan Webmaster Google!

Jika anda masih tidak dapat memahami apa yang mereka kongsi semasa acara tersebut, jangan risau. Anda boleh menghadiri Kursus SEO kami dan mendapatkan pemahaman yang jelas tentang asas-asas SEO, alat utama yang digunakan oleh pakar SEO dan amalan terbaik pembangunan web.

Google Partner

Untuk pengatahuan anda, pengasas bersama kami ada mempromosikan acara itu dengan kod kupon unik ‘SAMBOT’ untuk mendaftar tiket anda secara percuma. Jika anda terlepas, ikuti halaman Facebook dan Twitter kami untuk mendapat kemas kini dan notification untuk acara akan datang.

Belajar SEO untuk meningkatkan prestasi laman web anda

Daftar untuk Kursus SEO dan dapatkan diskaun 10% dengan menggunakan kupon COMEBACK. Sah sehingga 31 Dec 2019.

Selamat Tahun Baru Cina 2020

MU DOT MY PLT ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2020! Semoga hari anda akan penuh dengan kebahagiaan dan membawa tuah. Gong Xi Fa Cai!

Happy Chinese New Year 2020!

MU DOT MY PLT mengucapkan kepada anda semua Selamat Tahun Baru Cina 2020! Harapan semoga Tahun Tikus ini akan membawa anda semua tuah dan nasib baik yang berkekalan. Selamat Tahun Baru Cina.

JomLaunch – Persidangan Untuk Pegawai ICT Tempatan Malaysia 2019

JomLaunch adalah platform untuk ahli komuniti melancarkan produk berkaitan IT.

JomLaunch adalah acara yang menarik untuk dihadiri oleh semua orang dari semua peringkat umur. Ia telah diadakan di MaGIC Cyberjaya pada 9 November 2019. JomLaunch telah diwujudkan dan didorong oleh komuniti pembangunan tempatan bertujuan untuk meningkatkan ekosistem industri IT di Malaysia.

JomLaunch adalah platform untuk ahli komuniti melancarkan produk berkaitan IT dan dengan melalui ini, ia membantu dengan projek komuniti, sumber terbuka, swasta dan komersial. Persidangan ini merupakan cara terbaik untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para peserta dan penyumbang, selain dapat meningkatkan prestasi industri IT tempatan ke tahap pemahaman yang lebih tinggi.

Dzuleira Abu Bakar, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi with JomLaunch host. Facebook/jomlaunch

Setiausaha Agung, Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia, Wan Suraya

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Dzuleira Abu Bakar

Ceramah bermula pada pukul 9:20 akhir 4:30

Dewan persidangan dibuka sekitar jam 8 pagi, di mana para peserta boleh mendaftar dan mendapatkan pass mereka, manakala sarapan pagi dihidangkan di dewan makan. Persidangan bermula jam 9.20 pagi, beberapa ceramah dalam Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Dzuleira Abu Bakar dan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia, Wan Suraya turut hadir di JomLaunch. Mereka ada pada sesi wawancara dengan hos JomLaunch dan sesi Soalan & Jawapan dengan penonton. Tahun ini terdapat banyak syarikat IT yang menarik yang bermula atau dilancarkan di JomLaunch dan beberapa syarikat adalah iQMS, Pandai, cHeart, RunCloud, ect.

Makan tengah hari bermula sekitar jam 1:20 petang. Makanan disediakan untuk para peserta. Kopi dan teh juga disediakan bertujuan menyegarkan peserta. Pada masa ini, para peserta juga dapat berjalan di sekitar bilik pameran di mana banyak gerai yang berkaitan dengan IT dibuka. Peserta mendapat peluang untuk bercakap dan berinteraksi dengan industri IT tempatan. Sebelum separuh masa kedua ceramah itu bermula, terdapat satu pertunjukan oleh Color of Voices, sekumpulan enam anggota dari Malaysia dengan latar belakang budaya yang berlainan.

Secara keseluruhannya, acara ini merupakan kejayaan besar dan mempunyai banyak impak terhadap perniagaan IT tempatan. Ia juga memberi keyakinan kepada pekerja IT muda dan memberi inspirasi untuk menjadi usahawan dan membangunkan kerjaya yang berjaya. Kami mengucapkan terima kasih kepada JomLaunch kerana mengundang MU DOT MY untuk menjadi salah satu peserta pameran di sana.

jomlaunch-2
MU DOT MY PLT attending JomLaunch as an exhibitor.

JomLaunch adalah platform bagi ahli komuniti JomWeb untuk melancarkan produk berkaitan IT. Matlamat JomLaunch adalah untuk membantu dengan projek komuniti, open source, swasta dan komersial.

JomLaunch percaya konsep berkongsi pengetahuan dan pengalaman dapat meningkatkan prestasi industri IT tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

MDEC Young Heroes Summit 2019

Seramai 10,00 belia dikumpulkan  untuk memperkasakan kemahiran dan pengetahuan dalam keusahawanan digital melalui Program eUsahawan Young Heroes yang merupakan inisiatif bersama oleh Menteri Belia & Sukan  dan Malaysia Economy Corporation (MDEC). Semua yang hadir memeriahkan program ini seronok mengikuti topik menarik yang dibincangkan.

Hampir 2,000 usahawan dari serata Malaysia telah berhimpun di Malaysia International Trade and Exhibition Center (MITEC) untuk meraikan kenaikkan pencapaian mereka sebagai usahawan muda yang berjaya pada tahun itu. 

eUsahawan Young Heroes Summit 2019                                                                                               eUsahawan MY / FACEBOOK

Young Heroes Summit 2019 menyediakan pelbagai peluang kepada usahawan-usahawan untuk menerokai, memahami, serta melibatkan diri dengan ekonomi digital. Ia merupakan platform yang baik untuk memperluaskan rangkaian antara satu sama lain, berjumpa dan belajar dari penganjur event iaitu Facebook serta mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi terkini dan trend digital untuk tahun 2020.

Barisan tetamu eUsahawan Young Heroes Summit 2019                                                                       eUsahawan MY / FACEBOOK

Kami berbesar hati kerana dapat terlibat dalam kalangan professional yang memberi pelbagai pengetahuan baharu untuk para usahawan. Event tersebut juga diselitkan bersama pengumuman buat kesemua usahawan yang hadirkan diri pada hari tersebut dimana mereka akan menerima access untuk platform video library dan editing yang baharu dan mudah digunakan. Platform tersebut disediakan secara percuma oleh MDEC buat masa yang terhad dalam Q1 2020.

Jemputan khas untuk MU DOT MY  daripada MDEC membuatkan kami amat teruja untuk menyertai event ini. Ia adalah pengalaman yang tidak dijangka dimana kami boleh belajar serta memahami fungsi dan faedah utama pendigitalan. Sehingga kini, program ini telah  malatih seramai 20,653 usahawan muda. Lebih mengujakan lagi, usahawan muda yang terlatih berjaya mencatatkan RM52 juta dalam penjanaan jualan.

Jadual eUsahawan Young Heroes Summit 2019                                                                       eUsahawan MY / FACEBOOK

Agenda Persidangan

Panel Sesi 1                           eUsahawan MY / FACEBOOK

“Pada dasarnya, program ini adalah untuk memperkasakan belia di seluruh negara dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan digital. Program dan inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh MDEC memberikan rakyat Malaysia wawasan yang tepat tentang bagaimana mereka dapat berkembang maju dalam ekonomi digital. Kami ingin memperkasakan rakyat Malaysia melalui inisiatif seperti event ini”, kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Usahawan Young Heroes Bootcamp, dilancarkan pada tahun 2019, direka khas untuk rakyat Malaysia terutama belia negara. Platform ini menyediakan kemajuan kemahiran pemasaran digital yang berterusan.

Panel Sesi 1                           eUsahawan MY / FACEBOOK

Persidangan Pagi

Keynote 1 oleh Dato’ Suriani Ahmad                                                                                                                           eUsahawan MY / FACEBOOK

“Kami sentiasa menyokong sebarang inisiatif yang menggalakkan penggunaan digital di kalangan usahawan mikro di Malaysia.  Program eUsahawan ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempercepatkan ekonomi digital. Inisiatif untuk bekerja dengan industri global telah membuka prospek yang penting dengan memperkenalkan kemahiran digital yang terdiri daripada pemasaran, penciptaan kandungan, dan penglibatan media sosial. Ini adalah untuk memastikan para usahawan muda diberikan kemahiran digital yang betul agar dapat memperluaskan pembangunan digital yang mampu membantu perniagaan tempatan ke tahap global, “kata Dato ‘Suriani Ahmad, Setiausaha Agung, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia.

Keynote 2 & Launching oleh YB Syed Saddiq                                                                                                             eUsahawan MY / FACEBOOK

“Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk membangunkan program komprehensif yang mempercepat inovasi, meningkatkan kemahiran bakat, dan mengasah potensi kemahiran belia. Inisiatif ini adalah salah satu platform utama yang kami tumpukan,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Sharing Session 3 oleh Nicole Tan                                                                                                                           eUsahawan MY / FACEBOOK

“Kami menyedari bahawa SMEs adalah tulang belakang ekonomi negara dan kami komited untuk menyokong inisiatif seperti  eUsahawan Young Heroes dalam membantu pertumbuhan SMEs dan menyumbang kepada ekonomi digital negara,” kata Nicole Tan, Pengarah Facebook Malaysia. “Hari ini, kami gembira untuk bersama-sama meraikan kejayaan para usahawan muda yang dihasilkan melalui program ini. Kami akan terus melabur dalam inisiatif yang akan membantu SMEs membina kemahiran digital, menggalakkan penggunaan digital, dan meningkatkan pendidikan kepada lebih banyak perniagaan, ” tambahnya lagi.

Penggunaan chat atau messaging untuk penjualan dan pembelian barang adalah perkara biasa berlaku di Asia Selatan. Trend ini, yang dikenali sebagai Conversational Commerce (CC) adalah tingkah laku pengguna dengan dua faktor. Pertama, ia melibatkan pengaruh perbualan – proses perbualan dalam talian dengan penjual untuk membeli atau post-sale. Selepas itu, ia membawa kepada Conversational Transaction – proses di mana pembeli mengesahkan pesanan akhir melalui aplikasi sosial atau di sistem chat di dalam laman web eCommerce.

Persidangan Petang

Facebook telah melancarkan kempen online – Commerce In The Era of Conversation untuk membantu perniagaan mengenali pelanggan di Asia Tenggara.  Ini adalah satu lagi langkah dari Facebook untuk perniagaan berinteraksi dengan pengguna dengan lebih baik dan berkesan.

Dengan dilengkapi kemahiran serta pengetahuan dalam keusahawanan digital, usahawan-usahawan ini adalah selangkah kehadapan untuk meraih kenaikkan sales yang bertambah dengan cara mulakan langkah ke dalam dunia jualan online.

Previous
Next

Kenapa eLearning penting untuk Perniagaan?

Elearning adalah pembelajaran menggunakan teknologi elektronik untuk mengakses kurikulum pendidikan di luar bilik darjah.

Terdapat banyak istilah yang digunakan untuk menggambarkan pembelajaran yang disampaikan secara online, melalui internet, dari Pendidikan Jarak Jauh, sehingga ke pembelajaran elektronik berkomputer, pembelajaran dalam talian, pembelajaran internet dan banyak lagi. Kami mendefinisikan eLearning sebagai kursus yang disampaikan secara khusus melalui internet ke suatu tempat selain daripada kelas di mana profesor mengajar.

mu.my.eLearning

Hampir semua orang tahu bahawa akses yang mudah untuk pembelajaran adalah salah satu kelebihan utama eLearning dalam persekitaran perniagaan korporat. Elearning merujuk kepada pembelajaran online, penyampaian pembelajaran dan latihan melalui sumber digital. Walaupun latihan online berdasarkan pembelajaran formal, ia disampaikan melalui peranti elektronik seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Perniagaan kini melatih dan mendidik secara tetap untuk terus berdaya saing dalam industri cutthroat. Latihan online membantu dalam aspek ini dengan menyediakan alat yang efektif dan berpatutan untuk belajar bila-bila masa.

Berikut adalah 8 sebab utama mengapa eLearning penting untuk perniagaan:

1. Meningkatkan Produktiviti dan Prestasi Kerja

Pekerja yang terlibat dalam perniagaan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja melalui latihan online interaktif. Latihan online ini termasuk video, imej dan audio membolehkan para pekerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mendalam dan berkesan yang memotivasi dan meningkatkan penglibatan pekerja. Pekerja menghargai apabila mereka boleh mengambil bahagian dalam latihan dengan kemudahan mereka.

2. Peningkatan Pengekalan Pengetahuan 

Memberi akses kepada senario, permainan dan penilaian berasaskan realiti, membolehkan pekerja memproses maklumat dengan lebih berkesan.

3. Kurangkan Perolehan Pekerja

Elearning direka untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membuat peningkatan dalam karier khusus mereka dan dalam organisasi. Menggunakan eLearning mencapai pelbagai objektif seperti meningkatkan motivasi dan meningkatkan penglibatan dengan menanamkan keyakinan diri yang lebih tinggi terhadap pekerja.

4. Menawarkan Kebolehan Mengakses dan Keterampilan

Elearning berkesan kerana semua maklumat latihan yang berkaitan disimpan di cloud dan pekerja boleh mengakses sumber latihan ini 24/7 dari semua jenis peranti elektronik. Pengalaman pembelajaran melalui penggunaan video dan persembahan slide interaktif lebih menyeronokkan yang membantu para kakitangan mengekalkan pengetahuan yang mereka perolehi.

5. Memberi peluang kepada pekerja untuk belajar mengikut pace mereka sendiri

Memberikan peluang untuk memperoleh dan menyerap sepenuhnya apa yang diajar sebelum mereka bergerak dalam kursus latihan dalam talian.

6. Kemas kini latihan dengan cepat dan mudah

Pengemaskini adalah mudah dan ringkas berpandukan dasar syarikat mengemaskini dan pemberitahuan kepada kakitangan tentang perubahan, boleh melakukannya tanpa perlu menulis manual atau panduan rujukan dicetak.

7. Mengurangkan Kos Kursus

Salah satu kepentingan e-learning untuk perniagaan adalah ia sebenarnya mengurangkan kos latihan. Semua maklumat boleh didapati dalam platform latihan online. Oleh kerana latihan dalam talian menjadi lebih popular dalam bidang latihan pekerja, manfaat Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan cloud menjadi faktor untuk perniagaan memerlukan kaedah latihan yang kos efektif dan fleksibel.

 

8. Memudahkan Akses Maklumat

Elearning membantu mengambil kertas daripada persamaan semua sekali. Bahan E-learning disimpan online supaya pekerja dapat mengakses sumber penting setiap kali mereka menghadapi keadaan yang sukar. Ini penting kerana perniagaan yang menggunakan teknologi latihan online mencapai peningkatan 18% dalam kepuasan kerja. Dengan kekuatan latihan online dapat memastikan pekerja mempunyai pengetahuan dan alat untuk memenuhi keperluan pelanggan. Latihan online juga meningkatkan kelebihan daya saing supaya pekerja sentiasa mengetahui perkembangan industri sepanjang masa.

Demo On-Site Percuma Di eLearning

[]
1 Step 1
Enquiry Types
Name
Phone
Enquiry
0 /
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft – WordPress form builder

Menurut statistik IBM, eLearning boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 50%. Dengan menggunakan perisian pembelajaran dalam talian, anda akan memberikan para pekerja anda peluang yang luar biasa untuk terlibat dalam kursus latihan mereka pada bila-bila masa yang mudah (di rumah, semasa waktu bekerja di tempat kerja, atau di mana sahaja). Ini akan membolehkan mereka cepat faham semua yang mereka perlukan untuk belajar, dan latihan mereka tidak akan bertentangan dengan tugas harian teras mereka.

Oleh itu, ModernLMS membantu menguruskan aktiviti pembelajaran dan kecekapan organisasi. Ia membolehkan anda memuat kandungan (kursus, ujian, sumber), menentukan siapa yang menerima apa kandungan dan trek dan laporan penggunaannya. Sama ada anda berhadapan dengan isu pematuhan, pensijilan, keengganan risiko atau keperluan untuk mempercepatkan perniagaan anda untuk mengekalkan kelebihan daya saing anda, pasukan kami bersedia untuk mendengar dan membangunkan penyelesaian pembelajaran berasaskan web strategik peringkat tinggi untuk menyokong sebarang inisiatif.

Seminar Jom Latih 2019

Seminar Jom Latih adalah salah satu platform bagi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) untuk berkomunikasi dengan majikan yang berdaftar, berkongsi pandangan dan maklumat terbaru tentang PSMB untuk pertukaran idea.

Seminar ini juga berfungsi sebagai platform untuk menyediakan peluang perniagaan antara penyedia latihan berdaftar dan majikan berdaftar di PSMB melalui pameran di mana penyedia latihan dapat mempamerkan program latihan mereka kepada majikan yang berdaftar di PSMB.

Seminar ini dianjurkan di Hotel Berjaya Times Square pada 22 Oktober 2019 yang bertemakan ‘Mempercepatkan Pembelajaran’.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di Seminar Jom Latih 2019                                   MY HRDF / Facebook

Ia adalah pengalaman yang bermanfaat kerana Seminar Jom Latih dilaksanakan untuk merapatkan hubungan antara profesional dan memberikan maklum balas serta cadangan kepada PSMB. Ini bertujuan untuk meningkatkan minat menyertai kursus pembelajaran dalam kalangan majikan yang berdaftar dengan PSMB berkenaan pengetahuan baharu bahawa profesional dapat belajar di mana sahaja.

Ketua Eksekutif PSMB, Encik Elanjelian Venugopal                                                                                     MY HRDF / Facebook

Semua peserta dialu-alukan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Eksekutif PSMB, Encik Elanjelian Venugopal. Beliau berkata sejajar dengan pelancaran rangka kerja baharu, Seminar Jom Latih diadakan untuk memastikan majikan sentiasa mengikuti produk dan perkhidmatan terkini PSMB dengan penyertaan daripada pelbagai syarikat. Beliau juga menyatakan bahawa “PSMB mensasarkan untuk melatih lebih daripada satu juta pekerja tempatan tahun ini (2019).”

Perasmian Majlis Pelancaran

Majlis Pelancaran 'Contestable Training Market Framework'                                                             MY HRDF / Facebook

PSMB merasmikan majlis pelancaran ‘Contestable Training Market Framework’ untuk memastikan penambahbaikan kursus dan inisiatif latihan PSMB melalui mekanisme penilaian berstruktur dapat membantu pembelajaran dengan lebih berkesan dan efisien.

Pasukan MU DOT MY di Seminar Jom Latih

Pasukan MU DOT MY PLT di Seminar Jom Latih
Pasukan MU DOT MY PLT di Seminar Jom Latih
Pasukan MU DOT MY PLT di Seminar Jom Latih

Ramai peserta menunjukkan minat yang mendalam dalam e-Pembelajaran terutamanya ModernLMS yang meningkatkan pembelajaran dalam kalangan pekerja. MU DOT MY PLT menyertai acara ini sebagai exhibitor dan berhasrat untuk menghadiri acara seperti ini pada masa depan bagi menyatukan proses pembelajaran dan pendidikan.

Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan pemahaman dengan lebih mudah mengenai platform e-Pembelajaran digunakan di syarikat. Kami mempunyai jurulatih yang berkaliber. Kami yakin dapat meningkatkan prestasi dan mutu perniagaan untuk melaksanakan digitalisasi dan e-Pembelajaran dengan pendekatan serta pembelajaran interaktif.

Ketahui kelebihan ModernLMS yang disesuaikan sepenuhnya berdasarkan enjin LMS no 1 dunia.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

WordCamp Kuala Lumpur 2019 – Gathering for WordPress Users

WordCamp 2019 is one of the most anticipated WordPress gathering this year – It was held in Berjaya Times Square Hotel on the 1st and 2nd of November.

Group photo of WordCamp KL including the organizers and participants

WordCamp is essentially a conference that focuses on WordPress and it is a global event that is happening in all parts of the world. Sam Suresh from MU DOT MY PLT was the lead organizer for WordCamp 2019, along with Andy Saw who is in charge of the sponsors, Vincent Wong in marketing and more. There were more than 230 attendees present with over 50% of them attending their first ever WordCamp.

Manhattan Hall Level 14 in Berjaya Times Square where the speaker had their talk

Day 1: Contributor Day

WordCamp is a two-day conference that took place on November 1st and 2nd. Contributor Day was held on the 1st, it was an informal and relaxed day where you can meet, share and contribute ideas with other WordPress users. It would also give you the opportunity to contribute to WordPress. With all the important contributors within the community, you can really get down and going. 

There were also presentations and workshops led by the WordPress contributor. There were two workshop during this day and it was with Shaan Nicol title “Build a High Converting WooCommerce Store” and Ian Labao title “Working with Custom Post Types (CPT).”

Day 2: Conference Day

This year WordCamp KL brought in some wonderful speakers from all over the world, who are experienced and an expert in WordPress. We were all very excited to learn new skills from them and incorporate it in existing and upcoming project. Some of the speakers were Matthew Knighton who was the host and also the speaker, Mayuko Moriyama from Japan, Cesar Tardaguila from Spain, Shaan Nicol, Leonardo Losoviz, etc

During the conference day, it starts at 8:00am and ends at around 5:45pm. The registration was open for one hour, from 8 until 9am which volunteers assisted to help us, like giving name tags, t- shirts and stickers to the participants. There were two tracks for the talks so participants can pick and choose which talk they want to join. 

Furthermore, a total of 17 talks were available for all the participants that came, some of the speakers title were “Create Once, Publish Everywhere with WordPress” by Leonardo Losoviz, Sanjay Willie talk “WordPress CLI in depth” and much more. Each talk was around 30 minutes and there were questions and answers session with the speaker after their talk. 

During break time the participants have time to walk around outside the hall to have a look at exhibitors booths opened by the sponsors. Coffee and tea was also provided during break time, to keep you refreshed and awake. We also made lots of new friends with similar interests in WordPress and the tech world

Outside the hall, participants looking and walking around at different booths

A big thank you from everyone at Exabytes, PeepSo, ServerFreak, BigDomain, MU DOT MY PLT, SuperVideo and HostScore. Without your contribution, this event would not have been a success. We also want to thank all the great speakers, organizers and volunteers who gave their all so that the participants had a good time. Lastly, we want to thank all of the participants that attend WordCamp KL this year. If you regret or didn’t have a chance to come at WordCAmp KL this year, don’t worry there will be WordCamp Asia located in Bangkok, Thailand on the 21st – 23rd of February. It will be set on a much bigger stage and the participants will not only be from Asia but all over the world.

Share this article to your friends:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn